v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Tegaskan: Pembaharuan Sistem Perubatan dan Kesihatan Patut Menguntungkan Rakyat

2008-04-17 11:26:03 Agensi Berita China

Perdana Menteri Wen Jiabao telah mempengerusikan Sidang Kerja tentang Pembaharuan Sistem Perubatan dan Kesihatan pada 11 dan 15 April lalu. Dalam sidang itu, beliau menegaskan bahawa pembaharuan sistem perubatan dan kesihatan merupakan pembaharuan penting yang berkait rapat dengan pembangunan negara dan kehidupan rakyat. Kerajaan perlu mengutamakan keperluan rakyat, menyempurnakan sistem perkhidmatan kesihatan awam, mendorong pembangunan sistem perkhidmatan perubatan di bandar dan desa supaya memberikan manfaat kepada rakyat.

Wen Jiabao menyatakan bahawa cadangan kekitangan perubatan dan kesihatan perlu diutamakan kerana merekalah yang paling memahami masalah yang akan dihadapi dalam sebarang pembaharuan. Cadangan daripada rakyat juga patut diberikan perhatian. Kerana pembaharuan sistem perubatan dan kesihatan adalah bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka. Jadi, kepuasan hati rakyat patut menjadi piawai bagi menilai hasil pembaharuan tersebut. Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam sidang tersebut sangat berharga, antaranya termasuklah cadangan menggabungkan usaha pencegahan dengan perubatan dan perawatan; menggabungkan perubatan barat dengan perubatan tradisional China dan lain-lain.

Wen Jiabao menegaskan lagi bahawa pembaharuan perlu mengutamakan kepentingan rakyat, mengekalkan tradisi perubatan dan kesihatan awam yang bersifat kebajikan, mempercepat pembangunan sistem jaminan perubatan yang meliputi rakyat di bandar dan desa, menyempurnakan sistem perkhidmatan kesihatan awam, mendorong pembangunan sistem perkhidmatan perubatan di bandar dan desa, serta menyediakan peraturan ubat-ubatan asas negara dan sistem jaminan bekalan ubat-ubatan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |