v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kemudahan Tanpa Halangan di Tembok Besar Akan Disiapkan Sebelum Sukan Paralimpik Dirasmikan

2008-04-18 15:03:24 Agensi Berita Xinhua China

Persatuan Orang Kurang Upaya Beijing dan Persatuan Orang Kurang Upaya Kaunti Yanqing Beijing baru-baru ini menyumbangkan 10 buah kerusi roda kepada jabatan pentadbiran Tembok Besar Badaling. Antaranya terdapat 5 buah kerusi roda elektronik. Semua kerusi roda tersebut akan disimpan di Pusat Perkhidmatan Pelancong. Para pelancong yang kurang upaya boleh menggunakan alat tersebut secara percuma setelah mendaftar. Jika perlu, pelancong kurang upaya juga boleh minta bantuan dari sukarelawan di sana.

Pegawai berkenaan menyatakan babawa semua kemudahan tanpa halangan akan disiapkan di Tembok Besar Badaling sebelum Sukan Paraolimpik dirasmikan.

Dimaklumkan bahawa beberapa projek pembaikan Tembok Besar sedang dijalankan dengan lancar. Projek ini bertujuan memudahkan orang kurang upaya. Setakat ini, laluan cerun tanpa halangan sepanjang 180 meter di luar gerbang timur Tembok Besar Badaling telah siap. Semua kemudahan sampingan di laluan tersebut akan disiapkan sebelum penghujung bulan ini.

Ruang letak kereta juga sedang diperbaiki supaya pelancong kurang upaya dapat sempai terus ke laluan kuda Tembok Besar melalui laluan tanpa halangan setelah turun dari kereta. Di tempat-tempat yang bertangga di laluan kuda itu juga akan dibina laluan cerun dan dipasang susur tangan untuk menjamin keselamatan pelancong kurang upaya.

Tentang cadangan memasang lif di Tembok Besar, pegawai jabatan pentadbiran itu menyatakan bahawa mereka telah memohon kepada jabatan berkenaan agar lif dipasang dengan syarat ia tidak merosakkan Tembok Besar itu dan tidak menjejaskan pemandangan keseluruhan tembok tersebut.

Di China terdapat pribahasa "Jika belum mendaki Tembok Besar, tidak boleh dipanggil pahlawan." Kemudahan tanpa halangan yang disiapkan sebelum Sukan Paralimpik Beijing pasti akan membantu para pelancong kurang upaya dari dalam dan luar negara China mencapai impian mereka untuk menjadi seorang "pahlawan".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |