v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sistem Bantuan Sosial Ditubuhkan di Tibet, China

2008-04-22 14:57:45 Agensi Berita Xinhua China

Jabatan Hal Ehwal Awam Wilayah Autonomi Tibet memaklumkan bahawa sistem bantuan sosial telah ditubuhkan di Tibet pada peringkat awal. Sistem ini terdiri daripada jaminan kehidupan asas, dan bantuan dalam bidang perubatan, pendidikan, perumahan serta bantuan sosial yang lain.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Awam Wilayah Autonomi Tibet, Yang Guoyi menyatakan bahawa sistem bantuan tersebut berasaskan jaminan kehidupan asas bagi penduduk di bandar dan di desa, dan ditambah dengan bantuan sementara serta diselaraskan dengan pelbagai bantuan khas seperti bantuan perubatan, pendidikan dan kepeguaman.

Sistem jaminan kehidupan asas penduduk desa di Tibet dilaksanakan pada bulan Julai, tahun lalu. Seramai 220 ribu orang mendapat faedah daripada sistem ini.

Sistem bantuan perubatan juga dilaksanakan secara menyeluruh di Tibet. Berdasarkan statistik, seramai 882 orang penduduk bandar dan pekan kecil telah menerima bantuan, manakala seramai 6280 orang penduduk di kawasan desa dan kawasan penternakan pula menerima bantuan tersebut pada tahun lalu.

Selain itu, Tibet juga mencapai kejayaan dalam usaha memberikan bantuan kepada mangsa ketika bencana berlaku. Sejak tahun lalu, sebanyak 57 kaunti, 367 mukim dan 1296 kampung mengalami bencana salji, banjir, gempa bumi dan banjir kilat. Seramai 201 ribu orang menjadi mangsa dalam bencana itu dan 10 orang telah terkorban. Jabatan Hal Ehwal Awam Tibet segera memperuntukkan lebih 39 juta yuan RMB untuk membantu 174 ribu orang mangsa, dan seramai 1875 orang telah dapat dipindahkan ke tempat yang selamat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |