v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kongres Rakyat Kebangsaan China Tumpukan Perhatian Tinggi Tentang Pekerjaan Orang Kurang Upaya

2008-04-23 20:07:14 CRI

Rang Pindaan Undang-Undang Jaminan Orang Kurang Upaya yang dibahaskan dalam sidang kedua Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 China pada 22 April lalu telah menyediakan jaminan daripada pelbagai segi terhadap isu pekerjaan orang kurang upaya.

Menurut statistik, jumlah orang kurang upaya di China mencatat lebih 82.96 juta orang pada tahun 2006 dan menduduki 6.34% dalam jumlah penduduk China. Sekatat ini, masih terdapat 8.58 juta orang kurang upaya yang mempunyai keupayaan untuk bekerja tidak mendapat peluang kerja, dan jumlah tersebut akan meningkat kira-kira 300 ribu orang pada setiap tahun.

Menurut rang pindaan undang-undang tersebut, kerajaan China akan membentuk sistem untuk menyediakan peluang kerja kepada orang kurang upaya. Badan kerajaan, pertubuhan masyarakat, syarikat milik negara dan institusi swasta patut menyediakan kerja yang sesuai kepada orang kurang upaya menurut kadar yang tertentu. Selain itu, kerajaan pun menggalakkan badan-badan tersebut untuk menyediakan lebih banyak peluang kerja kepada mereka.

Bermula pada tahun 1980-an, kerajaan China telah mengamalkan dasar keutamaan mengenai kutipan cukai untuk mendorong perkembangan dari syarikat yang menyediakan peluang kerja kepada orang kurang upaya.. Bermula pada 1 Julai 2007, semua syarikat telah diberikan keutamaan tersebut.

Menurut rang pindaan tersebut, kerajaan melaksanakan dasar keutamaan dari segi kutipan cukai kepada syarikat yang nisbah pekerja kurang upayanya mencapai standard yang tertentu serta syarikat yang dimiliki oleh orang kurang upaya. Selain itu, kerajaan menyediakan bantuan dari pelbagai segi termasuk teknologi, dana dan tempat urus niaga kepada syarikat-syarikat tersebut.

Pegawai Kementerian Kewangan China menyatakan bahawa penyusunan semula dasar tersebut bertujuan untuk menjamin hak dan kepentingan golongan orang kurang upaya agar mereka dapat menggunakan kepandaian masing-masing untuk menyertai pembangunan masyarakat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |