v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pakar Hak Asasi Manusia Luar Negara: Sukan Olimpik Beijing akan Membuatkan Orang Asing lebih Mengenali China
2008-04-24 15:17:45 CRI

"Sukan Olimpik bukan sahaja merupakan temasya sukan yang dapat meningkatkan persahabatan, malah merupakan peluang baik untuk mendorong usaha dalam perlindungan hak asasi manusia." "Sukan Olimpik akan meningkatkan semangat dan penghormatan manusia."

Wakil-wakil yang menyertai Forum Hak Asasi Manusia Beijing Pertama berkata demikian ketika melawat stadium-stadium Sukan Olimpik di Beijing semalam selepas forum tersebut ditutup. Mereka turut melahirkan harapan terhadap Sukan Olimpik 2008 yang akan dirasmikan pada bulan Ogos nanti di Beijing.

Selepas melawat ke Stadium Negara (Sarang Burung) dan Pusat Renang Negara (Kubus Air), Presiden Jawatankuasa Hak Asasi Manusia dan Kesamarataan Peluang Australia, John von Doussa berkata, stadium-stadium itu amat megah dan reka bentuknya amat menarik. Tambah beliau, stadium-stadium tersebut menunjukkan bahawa China telah memberikan peruntukan yang besar dalam kerja persiapan untuk temasya sukan itu sama ada dari segi pengangkutan atau pun perkhidmatan.

Profesor Madya dari Universiti Carleton Kanada, Jeremy Paltiel pernah belajar bahasa Mandarin semasa beliau menuntut di universiti. Ini memudahkan beliau mendapatkan lebih banyak maklumat ketika melawat pameran rancangan pembinaan stadium-stadium Sukan Olimpik.

"Sukan Olimpik Beijing akan membolehkan orang ramai menyaksikan kemajuan China dan lebih mengenali China," katanya.

Pakar hak asasi manusia dari Cameroon pula berpendapat, Sukan Olimpik melambangkan perpaduan manusia dan persaingan yang harmoni tanpa penipuan dan permusuhan.

"Semasa kita bertemu di gelanggang Sukan Olimpik Beijing, kita akan melupakan perselisihan pendapat dengan bersifat toleran. Ini juga akan mendorong perkembangan usaha hak asasi manusia," katanya.

Profesor dari Universiti Persahabatan Rakyat Rusia, Aslan Abashidze memberitahu pemberita bahawa Sukan Olimpik telah melambangkan kemajuan ekonomi China, manakala pembangunan ekonomi merupakan faktor penting bagi kemajuan hak asasi manusia.

"Pembangunan ekonomi China telah memberi teladan baik kepada dunia. China juga sedang memberi sumbangan baru kepada usaha hak asasi manusia," katanya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |