v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Naib Menteri Kesihatan: Mencantumkan Sistem Perkhidmatan Kesihatan Komuniti dan Sistem Jaminan Perubatan

2008-04-29 16:06:28 CRI

Sistem jaminan perubatan yang sedia ada di China terutamanya membantu mereka menanggung bayaran rawatan penyakit teruk, manakala sistem perkhidmatan kesihatan komuniti pula melibatkan penyakit ringan. Kedua-dua sistem tersebut perlu dicantumkan.

Naib Menteri Kesihatan China, Liu Qian berkata demikian di Bandar Nanjing, Provinsi Jiangsu, selatan China baru-baru ini.

Beliau menyatakan badan-badan perkhidmatan kesihatan komuniti perlu mengutamakan perkhidmatan kesihatan awam, termasuk mengenali keadaan kesihatan serta masalah utama yang menjejaskan kesihatan penduduk di kawasannya, meningkatkan kesedaran dan pengetahuan penduduk tempatan dalam menjaga kesihatan, memupuk tabiat yang sihat dalam kalangan penduduk, dan mengurangkan risiko mengalami penyakit. Manakala, insurans perubatan berperanan untuk meringankan beban bayaran rawatan bagi pesakit.

Pada pertengahan tahun 2007, Dewan Negara telah memilih 28 buah bandar sebagai bandar utama untuk membangunkan sistem perkhidmatan kesihatan komuniti. Liu Qian memaklumkan, bandar-bandar tersebut mempunyai syarat-syarat yang lebih baik dalam aspek perkhidmatan kesihatan komuniti dan insurans perubatan. Beliau juga menggesa pelbagai tempat berusaha untuk menyempurkan sistem perkhidmatan kesihatan komuniti.

Menurutnya, insurans perubatan asas dan perkhidmatan kesihatan komuniti perlu saling melengkapi. Di samping itu, badan berkenaan perlu mengkaji cara baik bagi mencantumkan insurans perubatan asas dengan perkhidmatan kesihatan komuniti. Pencantuman antara sistem perkhidmatan kesihatan komuniti dengan sistem penyelamatan kecemasan juga perlu ditingkatkan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |