v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kawasan Hijau Beijing Bertambah Luas
2008-05-07 16:36:30 Agensi Berita Xinhua China

Ketika berjalan di bandar Beijing, orang boleh melihat kadar penghijauan sedang meningkat.

Jika Beijing dilihat dan tempat yang tinggi, kita bukan sahaja nampak bangunan yang besar-besar, tetapi pokok yang hijau juga banyak kelihatan.

Sun Li, seorang penduduk Beijing menyatakan bahawa Beijing semakin hijau, dan semakin indah beberapa tahun ini.

Menurut statistik Jabatan Penghijauan dan Perhutanan Beijing, hingga penghujung tahun 2007, keluasan hutan mencapai 1.078 juta hektar. Kadar litupan hutan mencatat 51.6%, manakala kadar litupan penghijauan bandar mencatat 43%. Sementara itu, keluasan kawasan hijau juga mencecah 48 meter persegi purata setiap orang, meningkat satu meter persegi berbanding dengan tahun 2006.

Liu Lili dari Pusat Penerangan Penghijauan dan Perhutanan Beijing memaklumkan bahawa sejak permohonan Beijing berjata untuk menjadi penganjur Sukan Olimpik pada tahun 2001, Beijing telah mempercepat pembangunan penghijauannya. Beliau berpendapat bahawa tindakan itu telah memberi sumbangan untuk menganjurkan Sukan Olimpik yang hijau.

Di Daerah Fengtai dan Kaunti Mentougou, pelancongan ekologi semakin popular, dan dengan itu, pendapatan penduduk juga meningkat. Penduduk-penduduk di kawasan tersebut menegaskan bahawa kerja mereka amat bermakna dan merupakan hadiah kepada Sukan Olimpik.

Selain itu, proses pelaksanaan projek utama tentang penghijauan Sukan Olimpik Beijing juga telah dipercepat dengan ketara. Jumlah projek penghijauan Sukan Olimpik Beijing mencatat 160 buah. Keluasan penghijauan akan mencatat 1026 hektar dengan sejumlah lebih 370 ribu pokok dan 2.1 juta pokok renek akan ditanam. Kini, beberapa matlamat telah pun tercapai. Penghijauan kawasan pusat Taman Olimpik dan Taman Perhutanan juga diselesaikan baru-baru ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |