v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tibet dari Kacamata Dua Orang Wartawan Nepal

2008-05-08 16:28:30 CRI

Dua orang wartawan Nepal yang pernah mengadakan wawancara ke Tibet ketika diwawancara baru-baru ini, menyatakan bahawa kehidupan rakyat Tibet sekarang jauh lebih baik berbanding dengan masa yang lalu. Di samping itu, hak asasi manusia tempatan juga telah dipelihara dengan baik di sana.

Wartawan dari Nepal, Mcnally pernah membuat liputan dan wawancara selama setengah bulan di Tibet, Qinghai dan Sichuan pada bulan September tahun lalu. Beliau berkata bahawa pemandangan di Lhasa dan pembangunan ekonomi China memberikan kesan yang mendalam kepadanya.

Mcnally menyatakan bahawa pembangunan rakyat Tibet kini dijamin oleh kerajaan. Hak asasi manusia yang utama termasuk kebebasan berpindah, kebebasan bekerja dan pendidikan juga terjamin. Beliau juga menyatakan bahawa kebudayaan beragama Tibet dipelihara, dan banyak kuil sedang diperbaiki.

Tentang peristiwa bantahan anggota gerakan "Kemerdekaan Tibet" terhadap agensi PBB dan agensi China ke Nepal, yang berlaku di Katmandu, beliau berkata bahawa Nepal mengekalkan dasar Satu China dan tidak akan membiarkan gerakan menentang China itu. Kerajaan Nepal berpendapat bahawa gerakan itu telah menggunakan kekerasan dan tidak bersifat damai.

Seorang wartawan yang lain, juga dari Nepal, Bath, pernah mengadakan wawancara ke Tibet dan Qinghai pada bulan September tahun lalu. Beliau berkata, bahawa berbanding dengan 50 tahun yang lalu, Tibet telah berubah sama sekali. Kini, sistem komunikasi di Tibet sempurna. Walaupun taraf hidup mereka semakin baik, namun kebudayaan tradisional mereka masih dikekalkan.

Bath juga berkata bahawa beliau telah melawat beberapa kuil dan juga mewawancara beberapa orang lama. Menurutnya, mereka menyatakan rasa puas hati terhadap dasar kerajaan. Dalam wawancaranya, beliau mendapati ramai lama yang telah mengubah cara hidup mereka, tetapi tetap mengekalkan aktiviti agama seperti masa dahulu.

Beliau benambah bahawa Tibet berjaya memelihara kebudayaan tradisionalnya ketika mengembangkan sosioekonominya, justeru Nepal perlu berkembang sama seperti Tibet.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |