v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Landasan Kereta Api Qinghai-Tibet Mengangkut Sejumlah 2.653 Juta Penumpang

2008-05-09 16:31:29 Agensi Berita Xinhua China

Menuru data, sejak beroperasi pada 1 Julai tahun 2006, landasan kereta api Qinghai-Tibet telah mengangkut sejumlah 2653 ribu orang pelancong. Antaranya, 1297 ribu orang pelancong yang masuk ke Tibet dan 1356 ribu orang yang ke luar dari Tibet. Manakala kargo yang diangkut masuk ke Tibet melalui landasan kereta api itu berjumlah 1411 ribu tan, dan yang ke luar dari Tibet pula173 ribu tan.

Naib Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China dalam Syarikat Landasan Kereta Api Qinghai-Tibet, Li Li berkata bahawa, sejak dua tahun yang lalu, jumlah pelancong dan kargo yang diangkut ke tibet semakin meningkat.

Landasan kereta api Qinghai-Tibet telah mendorong perkembangan industri pelancongan di dataran tinggi Tibet. Dengan beroperasinya Landasan itu, pemandangan dan adat resam yang istimewa di Dataran Tinggi Qingzang menjadi terkenal dan menarik lebih ramai pelancong, baik pelancong China dan maka pun pelancong asing mengunjungi dataran ini. Pembukaan landasan ini juga membuka peluang perniagaan kepada Qinghai dan Tibet dalam bidang perhotelan, restoran dan komunikasi.

Pada tahun 2007, jumlah pelancong ke Qinghai dan Tibet telah meningkat dengan ketara. Pendapatan pelancongan Qinghai dan Tibet masing-masing mencatat jumlah hampir 5 bilion yuan RMB.

Dalam mendorong perkembangan industri pelancongan agar lebih pesat, industri ketiga Tibet juga ikut mengalami kemajuan yang pesat. Jumlah jualan runcit di Tibet mencatat angka 11.2 bilion yuan RMB pada tahun 2007. Ini merupakan kali pertama yang jumlah pendapatan dalam bidang ini melebihi 10 bilion yuan RMB. Kadar peningkatan ini mencipta rekod yang baru dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Selain itu, syarikat landasan kereta api Qinghai-Tibet sedang mempercepat pembinaan projek landasan kerata api yang lain di barat China, seperti landasan kereta api Lanzhou-Qinghai, untuk meningkatkan keupayaan pengangkutan landasan Qinghai-Tibet.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |