v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Provinsi Guangdong Adakan Aktiviti Mencari Jodoh untuk Golongan Orang Kurang Upaya

2008-05-12 16:00:18 Agensi Berita Xinhua China

"Saya Merdeka, Saya Cinta, Saya Pilih". Itulah slogan yang dilaungkan oleh lebih 200 orang kurang upaya dalam aktiviti mencari jodoh di Guangzhou semalam. Ini kali pertama aktiviti itu diadakan di provinsi Guangdong dan ia bertema "Saya Mahu Jatuh Cinta".

Seramai kira-kira 500 orang telah menyertai aktiviti tersebut yang diadakan di Pusat Olimpik Orang Kurang Upaya Guangzhou semalam. Antaranya termasuk lebih 200 orang kurang upaya, 100 orang sukarelawan dan 60 orang yang sempurna tubuh badan. Mereka berinteraksi, berhibur dan bermain bersama-sama.

Disebabkan masalah bertutur, Li, wanita yang berusia 36 tahun menjawab pertanyaan wartawan dengan tulisan. Dia menulis, "akhirnya saya berani berhadapan dengan soal cinta. Sebelum ini, saya langsung tidak memikirnya, kerana saya cacat. Tetapi, kebelakangan ini, saya merasa amat sepi. Rasa itu tidak dapat dihilangkan dengan wang atau kasih sayang daripada anggota keluarga." Wanita itu juga memberitahu wartawan bahawa dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang sempurna tubuh badan dalam aktiviti tersebut, tetapi malu untuk menyampaikan rasa hatinya.

Seorang ejen pencari jodoh dari Guiangzhou yang bertanggungjawab dalam bidang kauseling berkata bahawa perkahwinan antara orang kurang upaya dengan orang sempurna tubuh badan tidaklah mudah. Kedua-dua pihak akan menghadapi kesukaran komunikasi dan tekanan masyarakat.

Namun, terdapat banyak orang sempurna tubuh badan datang untuk mencari pasangan dalam aktiviti tersebut. Encik Liu Fu yang berusia 38 tahun berkata bahawa beliau menghargai sikap gigih orang kurang upaya. Beliau ingin mencari pasangan kurang upaya yang berperibadi.

Pegawai dari Persatuan Golongan Kurang Upaya Guangzhou, Puan Yang Jiefang menyatakan bahawa aktiviti tersebut bertujuan untuk menarik perhatian yang lebih luas daripada masyarakat terhadap kesukaran golongan kurang upaya yang bujang dan menyediakan peluang kepada golongan tersebut untuk mengenal kawan baru untuk mencari jodoh dan membantu mereka mendapatkan jodoh.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |