v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tibet Mengalami Perubahan yang Besar dalam Sejarah

2008-05-02 11:17:28 CRI

Rakyat berperanan sebagai tuan atas negara di Wilayah Autonomi Tibet hari ini. Kebanyakan mereka tinggal di rumah pembinaan, setiap petani dan penternak telah menyertai sistem perkhidmatan kesihatan awam yang berasaskan perubatan secara percuma dan kadar penerimaan pendidikan wajib selama 9 tahun melebihi 90%. Lebih 50 tahun lalu, 95% penduduk Tibet melalui kehidupan yang amat sengsara menerusi pelaksanaan sistem hamba tani feudal.

Sepucuk surat yang dikirim oleh seorang bangsawan kepada seorang bangsawan yang lain yang disimpan dalam Muzium Sejarah Tibet terkini mencatat sebagaimana berikut: Saya kehilangan 3 orang hamba tani, 7 ekor kuda dan 20 yuan dalam pertaruhan semalam. Di Tibet lama, hampa tani sering kali digunakan modal jual beli. Encik Gelek, naib ketua pengarah Institut Penyelidikan Ilmu Tibet China berkata, nenek saya sebagai seorang hamba tani pernah dijual oleh sebuah keluarga tuan hamba kepada satu keluarga tuan hamba yang lain. Terdapat banyak hampa petani yang sama seperti nenek saya itu. Saya dilahirkan di dalam kandang lembu. Emak saya mesti bekerja segera pada waktu petang selepas saya dilahirkan pada pagi itu.

Gelek sejak turun-temurun berada dalam kedudukan hamba tani etnik Tibet dengan kedudukannya yang paling rendah di Tibet yang lama. Mereka tiada alat produksi, tanpa hak asasi manusia dan dipandang sebagai binatang yang pandai bertutur dan berbahasa. Kebanyakan hamba tani tinggal di kandang lembu dan bekerja teruk setiap hari. Ci Zhouma, 70 tahun tinggal di Lhasa selaku hamba tani sebelum Tibet dibebaskan daripada cengkaman perhambaan. Kata beliau, kami sebagai hamba tani tidak berhak untuk berbual-bual dan hanya bekerja sahaja untuk tuan hamba dan tak boleh juga bercucuk tanam untuk diri sendiri. Tuan hamba hidup dalam kemewahan dan mendapatkan lebih banyak keuntungan daripada hasil titik peluh kami sedangkan kami hidup dengan sengsara.

Kampung Sexin merupakan sebuah kampung dipinggir Lhasa haraknya lebih 70 kilometer. Kanak-kanak yang bermain berkejaran. Ini merupakan manor, sebuah rumah besar yang berhalaman luas Dalai lama beberapa puluh tahun yang lalu. Sekumpulan hamba tani pernah melarikan diri dari sana kerana tidak tahan dengan kerja teruk terlalu berat. Ketika itu, Chosphel, hamba tani belia dan kakaknya juga turut melantik diri mengikuti kumpulan tersebut. Chisphel yang kini lanjut usia berkata bahawa kanak-kanak sekarang menikmati kehidupan yang amat bahagia, jauh berbeza dengan kanak-kanak hamba tani yang berada dalam kesengsaraan pada ketika itu. Kata beliau, kita bekerja berat pada waktu pagi sehingga waktu malam untuk bangsawan Dalai Lama yang lalu. Kami tidak diberi makanan selepas bekerja berat.

Semasa Tibet belum dibebaskan secara damai, kebanyakan kanak-kanak hamba tani membesar dalam kelaparan, kesejukan dan ketakutan. Ramai kanak-kanak yang mati kerana mengalami kelaparan dan mengidap penyakit. Jika berpeluang tumbuh membesar, mereka mesti memikul pekerjaan yang terlalu berat. Oleh itu, mereka kurang makanan zat dan sukar memikul kerja yang berat.

Ketika itu, jumlah keseluruhan hamba tani di Tibet mencatat angka lebih 95%. Mereka secara berasingan diawasi oleh pegawai, bangsawan dan lama peringkat tinggi yang jumlah mereka tidak banyak. Tuan hamba mencatat angka kurang 5%, tetapi mereka menguasai semua tanah pertanian, penternakan, kawasan hutan, lembab dan gunung-ganang serta sejumlah besarbinatang ternakan. Menurut perangkaan pada awal dinasti Qing abad ke -17, terdapat tanah pertanian seluas lebih 20 hektar di Tibet yang diduduki oleh pegawai, bangsawan, dan Lama peringkat tinggi. Sebelum perubahan kea rah demokrasi dilaksanakan di Tibet pada tahun 1959, terdapat 197 buah keluarga bangsawan sejak turun-temurun. Daripadanya, 25 buah keluarga bangsawan yang besar, antaranya terdapat 7 hingga 8 buah keluarga bangsawan terbesar yang setiap keluarganya menguasai beberapa puluh buah perkampungan dan seribu hektar tanah pertanian.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |