v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penggunaan Tenaga Solar dalam Kehidupan Harian Penduduk Awam di Tibet

2008-05-09 11:42:05 CRI

Industri tenaga solar China menduduki tempat pertama di dunia. China menjadi negara terbesar dalam jumlah penghasilan dan penggunaan alat pemanas air dengan tenaga solar di dunia dan negara yang penting dalam pengeluaran bateri tenaga solar. China sentiasa berusaha meningkatkan pembangunan tenaga solar dan tenaga yang boleh dikitar semula, meningkatkan penggunaan secara berterusan tenaga solar dan menggalakkan usahawan hartanah memasang kemudahan menggunakan tenaga solar dalam projek pembinaan.

Wilayah Autonomi Tibet China disebut sebagai kawasan yang berdekatan dengan mata hari kerana ketinggian paras lautnya. Tenaga solar digunakan secara meluas oleh penduduk awam etnik Tibet pada masa sekarang. Mereka memasak dengan dapur tenaga solar dan mandi dengan mesin pemanas air solar menjadi cara hidup banyak keluarga penduduk tempatan.

Tsomo, seorang penduduk yang tinggal di Lhasa Tibet, beliau berkata, kini kehidupannya mengalami perubahan besar sejak membeli mesin pemanas air solar pada tahun lalu .

Tenaga solar sebagai sumber tenaga yang baru mempunyai keistimewaan kerana bersih, perlindungan alam sekitar dan dikitar semula daripada sumber tenaga tradisional yang lain. Tenaga solar telah menjadi sumber tenaga yang hijau dipopularkan di dunia disebabkan oleh sumber tenaga ini semakin berkurang. Sumber tenaga hijau itu mempunyai keistimewaan luar biasa di Wilayah Autonomi Tibet China sekarang ini. Ahli penyelidik dari Pusat Penyelidikan Sumber Tenaga Tibet, Wang Haijiang berkata, sinaran mata hari mencatat kira-kira 3 ribu jam di Tibet. Sinaran mata hari harian di wilayah itu mencatat lebih dua kali ganda banyaknya daripada kawasan pedalaman. Tibet merupakan kawasan yang paling kaya dengan sumber solar di China dan menduduki tempat pertama di dunia. Oleh itu, sumber solar yang kaya itu bersesuaian untuk meneroka dan meningkatkan pembangunan tenaga solar.

Penerokaan dan penggunaan sumber solar yang bersih sememangnya diberi keutamaan oleh kerajaan Wilayah Autonomi Tibet China. "Rancangan Sinaran Mata Hari di Tibet", "Rancangan Sinaran Saintifik" dan "Rancangan Penjanaan Elektrik Tenaga Solar Ali Tibet" dan sejumlah projek yang mempunyai kesan sosial dan ekonomi dilaksanakan untuk meningkatkan pembangunan perusahaan tenaga solar di wilayah itu. Encik Wang Haijiang berkata, tenaga solar digunakan sejak lebih 20 tahun di Tibet bermula tahun 1980-an. Sebanyak 250 ribu dapur tenaga solar digunakan sekarang ini, menjadikannya menduduki tempat pertama dalam negeri China.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |