v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kawasan Hijau Baru di Beijing Menyerap 16.48 Juta Tan Karbon Dioksida
2008-05-13 15:56:33 Agensi Berita Xinhua China

Pokok-pokok bukan sahaja dapat memelihara sumber air dan menjadi pengadang angin, tetapi juga boleh "menyerap karbon". Jabatan Pentadbiran Perhutanan dan Penghijauan Beijing memaklumkan bahawa dalam tempoh 7 tahun yang lalu, sejak Beijing berjaya mendapat hak untuk menganjurkan Sukan Olimpik, kawasan tumbuh-tumbuhan yang baru ditanam telah menyerap 16.481 juta tan karbon dioksida. Ini telah mengurangkan kesan rumah hijau.

Pegawai jabatan tersebut memaklumkan bahawa penyelidikan saintifik menunjukkan, setiap 1 meter padu hutan boleh menyerap 1.83 tan karbon dioksida dan akan melepaskan 1.62 tan oksigen secara purata. Kini, mengurangkan kadar karbon dioksida dalam atmosfera melalui penanaman hutan menjadi langkah yang berkesan untuk mengatasi pemanasan global.

Sejak kerja persediaan untuk Sukan Olimpik Beijing dimulakan, konsep "Sukan Olimpik Hijau" diberikan keutamaan. Penanaman tumbuhan hijau di bandar raya dan tapak-tapak Sukan Olimpik, serta telah memperbaiki persekitaran alam semula jadi, dan juga menurunkan kadar karbon dioksida dalam udara dan mengurangkan kesan rumah hijau.

Berdasarkan statistik, dalam tempoh 7 tahun yang lalu, kawasan hijau yang baru dibina di sekitar pusat bandar Beijing mencatat keluasan 100 kilometer persegi, manakala pokok yang baru ditanam mencapai jumlah 22.71 juta batang dan padang rumput baru mencecah keluasan 46.53 juta meter persegi. Kawasan hijau per kapita mencatat 48 meter persegi. Tindakan tersebut berjaya menyerap 211,000 tan karbon dioksida.

Projek menangani sumber pasir ke Beijing dan Tianjian, penanaman hutan perlindungan di barat laut, utara China dan timur laut dan penghijauan banjaran Taihang telah dilaksanakan. Setakat tahun 2007, kadar litupan hutan di kawasan luar bandar raya Beijing mencapai 35.5%.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |