v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Menghasilkan Tenaga Boleh Dibaharui Perlu Diberikan Keutamaan

2008-05-16 15:20:22 Agensi Berita Xinhua China

Membangunkan tenaga yang boleh dibaharui seperti tenaga hidroelektrik dan kuasa elektrik yang dijana oleh tenaga angin menjadi tanggungjawab yang perlu diberikan keutamaan. Demikian dinyatakan oleh Ketua Biro Sumber Tenaga Negara, Zhang Guobao baru-baru ini.

Berikutan kepesatan dengan pembangunan ekonomi dan sosial China, permintaan terhadap tenaga dalam negeri terus meningkat. Arang batu tetap merupakan bahan utama dalam penjanaan tenaga elektrik, manakala, kadar penggunaan tenaga alternatif yang bersih amat rendah. Ini merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh China dalam usaha membangunkan sumber tenaga. Penggunaan arang batu yang berlebihan bukan sahaja mengakibatkan terjejasnya ekologi alam sekitar, tetapi juga menambah tekanan terhadap China dalam usaha menangani perubahan iklim.

Pada 18 Mac tahun ini, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China mengeluarkan "Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-11 bagi Membangunkan Tenaga Boleh Dibaharui".

Kadar tenaga boleh dibaharui dalam penggunaan tenaga di seluruh China dijangka mencapai 10% pada tahun 2010. Angka ini dijangka mencapai 15% pada tahun 2020.

Kini selain mempercepat pembangunan tenaga hidroelektrik, China juga telah memulakan langkah dalam bidang jana kuasa elektrik oleh tenaga angin. Pangkalan tenaga angin yang paling besar di dunia, iaitu Pangkalan Penjanaan Kuasa Elektrik Tenaga Angin Berkapasiti 10 Juta Kilowatt Jiuquan telah mula dibina. Projek tenaga angin di laut yang paling besar di dunia dengan keupayaannya mencatat 1.1 juta kilowatt itu juga akan dibina di perairan Laut Weihai, di provinsi Shandong China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |