v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Punca Gempa Bumi

2008-06-02 16:04:00 CRI

Pada 12 haribulan Mei lalu, gempa bumi bermagnitud 8.0 pada skala Richter melanda kaunti Wenchuan, provinsi Sichuan China dan mengakibatkan lebih 10 provinsi dan bandar di China serta Vietnam dan Thailand merasai gegarannya. Bagaimana gempa bumi boleh berlaku dan mengapa gempa bumi yang berlaku di Sichuan ini memusnahkan kawasan yang begitu luas?

Seperti angin, hujan dan petir, gempa bumi juga merupakan salah satu fenomena alam semula jadi. Gegaran berlaku disebabkan oleh anjakan batu-batan dan rekahan di bawah tanah yang jauh dari permukaan bumi. Kemudian, apabila tenaga yang terkumpul dalam jangka masa yang panjang dilepaskan dengan tiba-tiba dan ia menyebabkan pergerakan permukaan bumi.

Naib Ketua Kolej Pengajian Bentuk Bumi Jabatan Pentadbiran Gempa Bumi China, Encik Gao Mengtan telah menjalankan penyelidikan tentang gempa bumi selama puluhan tahun. Beliau mengatakan bahawa gempa bumi adalah fenomena alam semula jadi yang sering berlaku di dunia. Menurut beliau, hampir setiap hari gempa bumi berlaku, tetapi kebanyakannya tidak dapat dirasai. Sekiranya gegaran menjadi lebih kuat, barulah kita dapat merasainya. Beliau berkata:

"Biasanya kita akan terasa gegaran di bumi walaupun gempa bumi itu hanya berukuran 3 pada skala Richter, jika kita sedang berada di kawasan pusat gegaran, iaitu jika kita berpijak titik fokusnya di bawah tanah."

Ahli sains telah membahagikan gempa bumi kepada beberapa jenis menurut skala Richter. Gempa bumi berukuran kurang daripada tiga pada skala Richter dikenali sebagai gempa bumi yang lemah dan selalunya tidak dapat dirasai oleh orang awam. Gempa bumi bermagnitud tiga hingga 4.5 disebut sebagai gempa bumi yang dapat dirasai gegarannya, tetapi tidak mengakibatkan kemusnahan yang besar. Manakala gempa bumi berukuran lapan pada skala Richter akan mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada manusia. Gempa bumi yang melanda Kaunti Wenchuan, Sichuan China telah meragut nyawa lebih 63,000 orang.

Encik Gao Mengtan berkata bahawa gelombang seismos terdiri daripada gelombang Primer (P) dan gelombang Sekunder (S). Gelombang Primer yang dalam kerak bumi itu akan menyebabkan permukaan bumi bergerak secara naik dan turun. Manakala gelombang Sekunder menyebabkan pergerakan permukaan bumi secara mendatar. Gelombong seismos menggegarkan bumi dam menghasilkan gempa bumi. Kelajuan pergerakan gelombang tersebut lebih pesat daripada jangkaan kita. Kata beliau:

"Kelajuan gelombang Primer (P) dan gelombang Sekunder (S) bergerak dengan cara yang tidak sama, tetapi kelajuan pergerakan kedua-dua gelombang tersebut di permukaan bumi puratanya mencapai beberapa kilometer sesaat."

Melalui penyelidikan pada masa yang lalu, ahli-ahli sains menyedari bahawa kejadian gempa bumi sebenarnya adalah proses yang amat rumit. Walaupun alat yang canggih digunakan dalam penyelidikan, namun kita masih tidak juga dapat mengetahui model proses gempa bumi ini."

Sekarang, antara pengetahuan asas berkaitan dengan gempa bumi yang dikuasai oleh manusia termasuklah bahawa di dunia terdapat dua zon seismos yang besar, iaitu zon yang mengelilingi lautan Pasifik dan zon Mediterranean-Himalaya. Kawasan barat China memang terletak di zon yang kedua itu. Dengan sebab itu, China merupakan salah sebuah negara yang paling banyak dilanda gempa di dunia.

Encik Gao Mengtan terus menjelaskan bahawa bumi terdiri daripada enam plat. Melihat dari segi permukaan bumi, setiap plat bersambung dengan rapat, tetapi dalam kerak terdapat banyak kepingan yang terputus, pergerakan keeping litosfera merupakan punca utama gempa bumi. Pergeseran plat Eropah dan Asia menyebabkan plat yang lengkap di kawasan barat China terputus dan menjadi beberapa keping yang kecil dan wujud juga zon terpisah. Kawasan kawasan yang terletak di atas zon terpisah itu menjadi kawasan yang sering dilanda gempa bumi. Encik Gao Mengtan berkata:

"Di bawah bumi di kawasan barat China terdapat kira-kira lebih 20 buah zon patahan, terutamanya di sekitar Dataran Tinggi Qinghai-Tibet. Zon terpisah ini amat luas dan amat dinamik. Maka, itulah sebabnya kebanyakan gempa bumi yang dahsyat selalu berlaku di kawasan barat China."

Kaunti Wenchuan yang dilanda gempa bumi ini terletak di atas sebuah zon patahan. Menurut catatan, gempa bumi berukuran lebih enam pada skala Richter pernah berlaku lebih 10 kali dalam masa lalu di kawasan ini. Namun, berbanding dengan gempa bumi yang berlaku pada masa yang lalu, gempa bumi yang berlaku pada 12 haribulan Mei di sini dirasai di kawasan yang lebih luas dan kemusnahan akibatnya lebih besar. Encik Gao Mentan berkata lagi:

"Kenapa gempa bumi yang berlaku di Wenchuan memusnahkan kawasan yang begini luas? Pertama, tenaga yang dilepaskan oleh gempa bumi itu amat besar dan kedua, bangunan-bangunan yang kita bina sekarang lebih senang bergerak mengikuti gelombang seismos."

Encik Gao Mengtan menjelaskan bahawa setiap kali gempa bumi berlaku, gegaran di permukaan bumi bukan hanya terjadi sekali sahaja, beberapa gegaran susulan juga akan berlaku. Beliau menasihatkan supaya semua orang berhati-hati untuk mengelakkan kerugian yang disebabkan gegaran susulan. Katanya:

"Selepas gempa bumi yang kuat berlaku, gegaran susulan sentiasa akan menyusul. Kita hendaklah mengelakkan daripada kerosakan yang disebakan oleh gegaran susulan, misalnya dengan menjauhkan diri dari bangunan yang tidak kukuh. Kesan sampingan bencana gempa termasuk runtuhan tanah. Jadi, kita perlu membuat persiapan dengan baik untuk mengatasinya."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |