v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Provinsi Henan Wujudkan Tuaian Selama 5 Tahun Berturut-turut

2008-05-26 15:59:13 Agensi Berita Xinhua China

Pemangku Gabenor provinsi Henan, Guo Gengmao menyatakan baru-baru ini bahawa kalau tidak mengalami bencana alam yang tiba-tiba pada masa ini, jumlah pengeluaran bahan makanan di provinsi Henan akan melebihi 30 juta tan, dan Henan dapat meraihkan tuaian selama 5 tahun berturut-turut, dan memberikan sumbangan besar terhadap keperluan bahan makanan negara.

Petani Yu Huaijian yang berusia 68 tahun di kampung Guoying, Mukim Yangying, Kaunti Zhenping memaklumkan kepada wartawan, "Jumlah pengeluaran gandum sehektar pada tahun ini melebihi 7.5 tan, 3000 kilo lebih daripadas tahun lalu." Ketua Ahli Ekonomi Jabatan Pertanian provinsi Henan, Wei Zhongsheng menyatakan bahawa jumlah pengeluaran bahan makanan musim panas di Henan berkemungkinan mencipta rekod baru dalam sejarah.

Sebagai jelapang padi China, provinsi Henan telah memperoleh tuaian yang baik selama 4 tahun berturut-turut dari segi pengeluaran bahan makanan musim panas, dan jumlah pengeluaran tahunan bahan makanan tersebut telah melebihi 50 juta tan selama 2 tahun berturut-turut. Walaupun demikian, kerajaan pelbagai peringkat tidak mengabaikan pengeluaran bahan makanan, malah terus mengutamakan pertanian dan melaksanakan dasar menyokong dan memberikan keutamaan kepada petani. Menurut statistik, luas ladang yang ditanami bahan makanan musim panas di seluruh provinsi mencapai 5.29 juta hektar. Antaranya, ladang gandum mecapai keluasan 5.26 juta hektar, manakala ladang gandum khas mencapai keluasan 3.25 juta hektar. Ini adalah keluasan terbesar bagi ladang gandum sejak tahun 1949.

Dasar yang menyokong dan menguntungkan petani terus ditingkatkan dan ini menggalakkan petani lebih aktif bercucuk tanam. Demikian juga, kaedah sains dan teknologi tinggi juga banyak digunakan di desa Henan. Sebanyak 110 buah kaunti di Henan telah mengadakan program menguji dan membaja tanah dengan baja kimia. Ini bukan sahaja meningkatkan daya penghasilan tanah, tetapi juga mengurangkan penggunaan baja.

Naib Gabenor provinsi Henan, Liu Mancang menyatakan bahawa Jawatankuasa pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara mengutamakan pengeluaran dan keselamatan bahan makanan. Provinsi Henan akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menghasilkan pengeluaran bahan makanan musim panas untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |