v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Panda dari Sichuan Mulakan "Hidup Baru" di Beijing
2008-05-27 15:29:36 Agensi Berita Xinhua China

Sebanyak 8 ekor panda telah tiba di Beijing dengan kapal terbang khas dari Chengdu baru-baru ini. Keadaan panda-panda itu stabil dan baik, dan kini, dijaga oleh pembiaknya di Zoo Beijing.

Sekarang, 8 ekor panda yang berasal dari Pusat Kajian Perlindungan Panda China Wolong Sichuan, iaitu Cuicui, Duoduo, Meixin, Fengyi, Taotao, Langlang, Huanhuan dan Fuwa telah berpindah ke rumah baru, iaitu Taman Panda Zoo Beijing yang baru dibaiki. Kesemuanya sedang bermain-main di sana. Ada yang memanjat tangga, ada yang duduk di pinggir kolam, dan ada juga yang duduk dan makan pucuk buluh di padang. Panda-panda ini menjadi tumpuan wartawan dari dalam dan luar China.

Taman panda yang baru dibaiki itu ialah sebuah rumah kaca yang besar. Untuk mengelakkan pencaran matahari yang kuat, di dalam rumah itu juga dipasang kain pelindung berwarna hijau dikawal secara automatik. Dalam rumah itu, juga dibina tangga kayu, kolam dan padang rumput. Latar belakangnya adalah pemandangan indah yang ditiru dari pemandangan kawasan gunung di Wolong, Sichuan.

Pegawai Zoo Beijing, Zhang Jinguo memaklumkan bahawa 8 ekor panda tersebut menginap di 3 buah bilik yang luasnya lebih 20 meter persegi dan dipasang alat penyaman udara. Suhu bilik tersebut dikawal pada tahap 25 darjat Celsius, iaitu tahap suhu yang sesuai dengan panda. Semua ini dibuat untuk menjadikan suasana dan keadaan di sini seperti di Wolong, Sichuan, "kampung halaman" asal panda.

Di setiap bilik juga dipasang kamera video untuk merakamkan keadaan panda ini pada waktu malam. Mungkin agaknya penat selepas perjalanan yang jauh, kelapan-lapan ekor panda itu sedang berehat hari ini di bilik yang disediakan. Zoo Beijing khusus menyediakan sebanyak 200 kilo buluh dan 40 kilo rebung segar yang dibeli dari provinsi Henan untuk panda-panda. Dalam makanannya, juga ditambah epal, lobak merah, susu tepung dan vitamin.

Dimaklumkan juga bahawa selepas jangka masa penyesuaian yang pendek, 8 ekor panda tersebut sudah boleh dikunjungi. Menurut rancangannya, pada bulan November nanti, panda-panda ini akan pulang ke Pusat Kajian Perlindungan Panda China di Wolong, Sichuan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |