v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Anggota WTO Sanjung Tinggi Kejayaan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka China

2008-05-28 15:47:32 Agensi Berita Xinhua China

Kementerian Perdagangan China memaklumkan semalam bahawa dalam Perbahasan Dasar Perdagangan Ke-2 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap China, negara-negara anggota WTO menyanjung tinggi kejayaan China dalam bidang pembangunan ekonomi dan masyarakat, dan menganggap ini berkait erat dengan dasar pembaharuan dan pintu terbuka China.

Perbahasan Dasar Perdagangan Ke-2 WTO terhadap China telah diadakan di ibu pejabat WTO di Geneva baru-baru ini. Penolong Menteri Perdagangan China, Qiu Hong telah mengetuai delegasi China untuk menyertai perbahasan itu. Delegasi China telah menghuraikan keadaan pembangunan ekonomi dalam 2 tahun yang lalu, usahaperdagangan kerajaan China, perubahan dasar perdagangan serta pendirian China terhadap sistem perdagangan pelbagai hala, dan menjawab pertanyaan anggota WTO.

Qiu Hong menyatakan bahawa sejak menganggotai WTO, ekonomi China berkembang dengan pesat dan stabil. Pembaharuan telah membuka langkah yang besar dalam sistem kewangan dan pentadbirannya, dan sistem ekonomi pasaran China kini lebih sempurna. China telah mengambil tindakan untuk menurunkan tarif, mendorong kebebasan berdagang dan melabur, meningkatkan jumlah perkhidmatan perdagangan, menjaga harta intelek, lebih aktif menganggotai sistem perdagangan pelbagai hala seperti WTO, dan terus meningkatkan bantuan kepada anggota yang sedang membangun, terutamanya anggota yang paling mundur.

Anggota WTO menyatakan bahawa kejayaan China berkaitan erat dengan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. India, negara-negara ASEAN, Australia, New Zealand, Mali dan Nigeria menyatakan bahawa dalam pelaksanaan "Rancangan 5 Tahun ke-11", China telah meningkatkan perlindungan alam sekitar, merapatkan jurang pendapatan, berusaha menghapuskan kemiskinan dan menjalankan dasar terbuka yang saling menguntungkan. Ini bukan sahaja menguntungkan rakyat China, tetapi juga memberikan manfaat kepada anggota WTO yang lain. Pertumbuhan ekonomi China telah menjadi kekuatan penjana dan pendorong penting bagi pembangunan ekonomi dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |