v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Lancarkan Aktiviti untuk Lindungi Warisan Kebudayaan Etnik Qiang

2008-06-03 11:10:34 Agensi Berita China

Tokoh-tokoh seni rakyat China baru-baru ini mengeluarkan surat seruan kepada semua seniman di China supaya melibatkan diri dalam kerja-kerja memulihara warisan kebudayaan Etnik Qiang di zon bencana Sichuan secepat mungkin.

Dalam surat itu dinyatakan bahawa warisan budaya bukan benda etnik Qiang menghadapi krisis kepupusan akibat gempa bumi. Maka, seniman-seniman yang berkenaan perlu pergi ke zon bencana itu untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan, mencatatkan dan menyusun semula warisan budaya tersebut.

Pengerusi Persatuan Seniman Rakyat China, Encik Feng Jicai menyatakan bahawa kebanyakan budaya etnik minoriti China merupakan budaya bukan benda. Sekiranya pewarisnya meninggal dunia, budaya itu mungkin pupus. Sejumlah besar kampung purba etnik Qiang terletak di kawasan bergunung-ganang. Oleh itu, warisan budaya etnik itu tidak pernah disusun dan dicatatkan.

Encik Feng mengemukakan tiga rancangan untuk memelihara warisan budaya etnik Qiang, iaitu mengadakan tinjauan ke perkampungan etnik itu dan mencari pewaris seni rakyat, mengkategorikan hasil tinjauan tersebut dan mengemukakan cadangan perlindungan yang terperinci.

Pegawai dari Kaunti Beichuan memaklumkan bahawa banyak pewaris budaya etnik Qiang tinggal di kawasan yang terpencil dan ada antaranya yang terkorban atau tercedera ekoran bencana gempa bumi yang lalu.

Satu kumpulan pakar yang ditubuhkan oleh tokoh-tokoh seni rakyat China yang diketuai oleh Encik Feng akan mengadakan tinjauan ke Sichuan tidak lama lagi.

Etnik Qiang, salah satu etnik kuno di China, mempunyai kebudayaan yang cukup tersendiri, seperti lagu rakyat, adat istiadat persembahan korbanan, seni kraf tangan dan seni bina.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |