v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Terra Cotta akan Dipamerkan di Pusat Pameran Olimpik Johnson&Johnson
2008-06-05 14:33:52 Agensi Berita China

Muzium Terra Cotta Maharaja Qin dan Syarikat Johnson&Johnson baru-baru ini mengumumkan bahawa Terra Cotta atau patung tanah liat berupa perwira dan kuda yang disediakan oleh muzium itu akan dipamerkan di Pusat Pameran Olimpik Johnson&Johnson sempena pelaksanaan Sukan Olimpik Beijing. Kedua-dua pihak telah menunjukkan kesediaan mereka untuk terus meningkatkan kerjasama dan menubuhkan Tabung Perlindungan Artifak Terra Cotta-Paul Janssen untuk membuat kerja-kerja penyelidikan tentang Terra Cotta dan usaha perlindungan yang berkenaan.

Pusat pameran yang ditubuhakn oleh Syarikat Johnson&Johnson itu terletak di Taman Olimpik di Beijing. Sempena Sukan Olimpik, pengunjung dari dalam dan luar negara boleh menyaksikan Terra Cotta dan artifak-artifak yang jarang ditemui di tempat lain, di pusat tersebut.

Naib Presiden Syarikat Johnson&Johnson, Brian Perkins menyatakan bahawa pihaknya berasa amat bangga kerana mendapat kesempatan untuk memperkenalkan sejarah Terra Cotta kepada seluruh dunia dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing. Syarikat itu juga berharap agar dunia dapat mengambil langkah untuk melindungi patung tanah liat yang bersejarah sekian lama tersebut.

Tabung Perlindungan Artifak Terra Cotta-Paul Janssen itu ada empat fungsi, iaitu mengadakan penyelidikan terhadap pelbagai artifak dan tapak peninggalan sejarah, menawarkan latihan profesional kepada ahli penyelidik, menyebarkan pengetahuan tentang pemeliharaan artifak dan menggalakkan perkembangan usaha penyelidikan dengan menyediakan hadiah dan biasiswa.

Kerjasama antara Muzium Terra Cotta Maharaja Qin dengan Syarikat Johnson&Johnson sudah berlangsung sejak sekian lama. Pada penghujung tahun 1990-an, Terra Cotta terjejas teruk oleh kuman. Dengan penubuhan Makmal Paul Janssen, masalah itu berjaya diatasi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |