v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Mesyuarat Promosi Pelaburan ASEAN Tarik Perhatian 350 Usahawan Cina

2008-06-06 12:38:18 Agensi Berita Xinhua China

Mesyuarat Promosi Program Pelaburan Barat Daya Pedagang Cina ASEAN Ke-6 yang diadakan di Kunming kelmarin menarik penyertaan kira-kira 350 orang usahawan Cina dari 20 buah negara dan kawasan.

Ketua Jabatan Urusan Orang Cina Dewan Negara China, Li Haifeng menyatakan bahawa negara-negara ASEAN mempunyai sebilangan besar orang Cina yang memahami keadaan di negara China. Mereka merupakan satu kuasa istimewa dalam menggalakkan pembinaan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN. Mesyuarat promosi itu menyediakan satu platform kepada ramai pedagang Cina dari seberang laut untuk memahami iklim pelaburan di kawasan barat daya China.

Dalam mesyuarat kali ini, Provinsi Yunnan akan memperkenalkan 13 program pelaburan dan menandatangani kontrak tentang pembinaan infrastruktur dan perubatan dengan pedagang Cina.

Pedagang Cina dari Malaysia, Bong Hon Liong menyatakan bahawa kawasan barat China sedang menghadapi peluang perkembangan yang besar, yang juga sekali gus menyediakan kesempatan yang baik kepada usahawan dari negara-negara ASEAN. Beliau yakin, melalui mesyuarat promosi tersebut, masa depan pelaburan pedagang Cina dari seberang laut di China amat cerah.

Menurut statistik, mesyuarat pedagang Cina ASEAN yang diadakan dahulu telah menarik penyertaan kira-kira 1,000 orang pedagang Cina. 20 kontrak yang nilai pelaburannya mencatat jumlah 1.67 bilion dolar Amerika telah ditandatangani.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |