v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Membentuk Mekanisme Bersepadu Tindak Balas Kecemasan Kesihatan Awam
2008-06-10 15:10:11 CRI

"Pelan Tindak Balas Peristiwa Kecemasan Kesihatan Awam di Beijing" telah diumumkan dalam laman web rasmi kerajaan Beijing pada 7 Jun lalu. Pelan tersebut digubal bersama oleh Pejabat Jawatankuasa Penanganan Kecemasan Beijing dan Pejabat Markas Menangani Peristiwa Kecemasan Kesihatan Awam Beijing. Menurut pelan tersebut, mekanisme bersepadu tindak balas peristiwa kecemasan kesihatan awam akan dibentuk.

Dalam pelan tersebut ditetapkan, usaha mencegah dan menangani peristiwa kecemasan kesihatan awam dipimpin oleh pejabat Jawatankuasa Penanganan Kecemasan Beijing, dilaksanakan dan diselaraskan oleh Markas Menangani Peristiwa Kecemasan Kesihatan Awam Beijing.

Selain itu, sistem perkongsian maklumat dan bergerak serentak dengan pasukan tentera di Beijing, badan-badan kerajaan pusat, institusi-institusi penyelidikan teknikal negara di Beijing dan kawasan, bandar atau provinsi di sekeliling bandar Beijing serta pertubuhan antarabangsa berkenaan akan dibentuk untuk bersama menghadapi kejadian kecemasan kesihatan awam yang sudah atau bakal berlaku.

Pelan tersebut membahagikan peristiwa kecemasan kesihatan awam kepada empat tahap. Antaranya, peristiwa tahap I termasuk mengesan kes dan perebakan penyakit Maut Hitam dan antraks pneumonia, mengesan kes sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) dan wabak manusia dijangkiti selesema burung. Selain itu, berlakunya wabak penyakit berjangkit baru atau penyakit berjangkit yang tidak pernah dikesan di dalam negara di Beijing juga akan ditangani sebagai peristiwa kecemasan tahap I.

Pelan tersebut juga meminta maklumat tentang peristiwa kesihatan awam diumumkan segera untuk mengelak atau mengurangkan kecurigaan dan laporan yang memutarbelitkan fakta.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |