v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sistem Rangkaian Perkhidmatan Perubatan Tradisional Tibet Semakin Mantap di Tibet

2008-06-11 10:29:15 CRI

Sebagai salah sebahagian paling paling penting dalam kebudayaan tradisional etnik Tibet, ilmu perubatan tradisional Tibet diberikan perhatian tinggi oleh kerajaan pada zaman ini. Dengan itu, sistem perkhidmatan perubatan tradisional Tibet menjadi semakin mantap dan meliputi lebih banyak kawasan di Tibet.

Menurut Jabatan Kesihatan Wilayah Autonomi Tibet, kini, jumlah institusi perubatan tradisional Tibet di wilayah itu mencapai 17 buah. Selain itu, lebih 60 buah pusat perkhidmatan kesihatan peringkat kaunti menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional Tibet.

Ilmu perubatan dan ubat-ubatan tradisional Tibet yang bersejarah selama lebih 2500 tahun semakin mendapat tempat dalam masyarakat moden ini. Menurut statistik, jumlah pengamal perubatan tradisional Tibet kini telah bertambah 771 orang menjadi 1850 orang berbanding dengan tahun 2000. Manakala jumlah juruteknik dalam institusi kesihatan dan perubatan tradisional Tibet juga meningkat sebanyak 678 orang kepada 1442 orang pada masa ini berbanding dengan tahun 2000.

Menurut peraturan sistem perubatan kerjasama bagi petani dan penternak Tibet, peserta sistem itu boleh memilih perubatan dan ubat-ubatan tradisional Tibet sebagai cara merawat penyakit. Di kawasan penanaman dan penternakan di Tibet, perubatan tradisional itu mendapat sambutan baik daripada para petani dan penternak.

Seiring dengan perkembangan pasaran ubat-ubatan tradisional Tibet semakin pesat, industri perubatan tradisional Tibet menjadi salah satu industri tunggak bagi pembangunan ekonomi Tibet. Nilai output industri pengeluaran ubat tradisional Tibet telah mencatat 574 juta yuan RMB pada tahun 2007, meningkat 1.7% berbanding tahun 2006.

Usaha pembangunan perubatan tradisional Tibet diberikan mendapat perhatian tinggi oleh kerajaan pusat. Pada tahun ini, program utama rancangan sains dan teknologi negara rancangan lima tahun ke-11, iaitu "Penyelidikan Dan Demonstrasi Tekonologi Penting bagi Pembangunan Modenisasi Perubatan Tradisional Tibet" telah mendapat sokongan dana sebanyak 17.57 juta yuan RMB daripada kerajaan pusat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |