v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Manfaat Projek Tiga Gaung Sungai Yangtze Sama Dengan Mengurangkan Pelepasan 270 Juta Tan CO2

2008-06-12 14:13:34 CRI

Menurut laporan tahunan perlindungan alam sekitar tahun 2007 yang dikeluarkan oleh Syarikat Projek Tiga Gaung China, pelaksanaan projek tiga gaung sungai Yangtze memainkan peranan yang besar dalam usaha menjimat sumber tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Sejak unit generator pertama mula beroperasi pada bulan Julai tahun 2003 hingga bulan Jun tahun ini, stesen jana kuasa hidroelektrik empangan Gezhou projek Tiga Gaung telah menjana kuasa elektrik sebanyak 311.236 bilion kilowatt-jam. Jumlah penghasilan tenaga bersih itu sama dengan mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) sebanyak 266.47 juta tan.

Selepas Projek Tiga Gaung berjaya menakung air, laluan Sungai Yangtze dapat menampung lebih banyak kapal dan sekali gus menurunkan kos perkapalan. Setakat penghujung tahun 2007, jumlah keseluruhan krago yang melalui projek Tiga Gaung mencatat 197.84 juta tan. Jumlah peningkatan kemampuan pengangkutan tersebut sama dengan mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak kira-kira 630 ribu tan.

Syarikat Projek Tiga Gaung China memegang strategi membangunkan tenaga bersih dengan melaksanakan projek hidroelektrik yang besar. Dalam usaha itu, syarikat tersebut melaksanakan penilaian tentang kesan projeknya terhadap alam sekitar dan menggubal rancangan penjimatan sumber tenaga. Selain itu, syarikat itu juga mengambil pelbagai langkah bagi mengawal pencemaran serta memelihara air dan tanah supaya pelepasan sisa-sisa pencemaran, resapan air dan hakisan tanah dapat dikawal dengan berkesan di tapak pelaksanaan projek.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |