v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembangunan Budaya Kalangan Rakyat Tibet China

2008-06-13 15:28:11 CRI

Wilayah Autonomi Tibet merupakan kawasan yang didiami oleh penduduk etnik minoriti yang amat kaya dengan budaya rakyat. Budaya agama telah diberikan keutamaan dan budaya rakyat hampir pupus semasa sistem tani hamba dilaksanakan di Tibet. Kerajaan China telah meningkatkan perlindungan terhadap budaya rakyat di Tibet sejak tahun 1950-an yang lalu agar budaya rakyat yang hampir pupus ini dapat diawarisi dan dilindungi.

Kerajaan China memperuntukkan sejumlah dana secara berterusan untuk meningkatkan perlindungan dan pembangunan budaya rakyat Tibet sejak tahun 1950-an, lebih-lebih lagi sejak 2o tahun kebelakangan ini. Stering Phuntsok, Naib Pengarah Institusi Akademi Sains dan Sosial Wilayah Autonomi Tibet berkata, warisan budaya bukan benda dalam kalangan rakyat diberikan keutamaan oleh negara, sehinggakan pengumpulan, penerbitan dan penyelidikan untuk epik "Riwayat Raja Gesar" pernah disenaraikan dalam kerja-kerja penyelidikan sains dan sosial Negara.

Seri "Kumpulan Legenda China Tibet", Seri "Kumpulan Balada China Tibet" dan Siri "Kumpulan Pribahasa China Tibet" merupakan tiga set buku kesusasteraan rakyat Tibet. Dengan sejumlah 3.84 juta perkataan ketiga-tiga set buku ini telah siap disuntingkan oleh Pustaka Budaya Tibet setelah memakan masa yang berlarutan selama 14 tahun. Usaha ini dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari jabatan kerajana China yang berkenaan pada awal tahun 1990-an.

Pengerusi Persatuan Seniman Kalangan Rakyat Wilayah Autonomi Tibet, Tseten Dorje berkata, ketiga-tiga set buku yang diterbitkan ini belum pernah diusahakan dalam sejarah di Tiebt. Sejumlah 2 juta yuan RMB diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk usaha penerbitan buku tersebut.

Menurut beliau, penerbitan buku-buku yang sebesar ini tidak meungkin berlaku ketika Tibet belum dibebaskan secara damai. Kata beliau, ramai juga pakar Beijing yang menyertai kerja-kerja penerbitan bagi tiga siri buku tersebut selain pakar-pakar etnik Tibet dan Han di Tibet. Seramai lebih 100 orang pakar kebangsaan menyertai kerja ini.

Tseten Dorje berkata bahawa bukan sahaja budaya kalangan rakyat tidak mendapat perlindungan ketika Tibet belum dibebaskan dahulu, malah kedudukan para seniman kalangan rakyat pun terlalu rendah dan tidak mendapat penghormatan.

Budaya kalangan rakyat Tibet secara beransur-ansur diberikan keutamaan dan dengan itu, kebdudukan kesusasteraan dan seniman kelangan rakyat juga meningkat. Ini adalah hasil usaha perlindungan dari jabatan kerajaan China sejak tahun 1950-an yang lalu.

Persatuan Seniman Rakyat Wilayah Autonomi Tibet bertanggungjawab untuk mengumpul, menyunsun, menyunting, menyimpan dan menyelidik kesusasteraan dan kesenian dalam kalangan rakyat Tibet. Kebanyakan tenaga profesional dan peminat amatur dari persatuan itu berusaha untuk melaksanakan perlindungan budaya kalangan rakyat Tibet.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |