v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berusaha Mengadakan Pembaharuan terhadap Harga Sumber Tenaga

2008-06-17 16:53:56 Agensi Berita Xinhua China

Pegawai kanan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China baru-baru ini menyatakan bahawa China akan mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan tahap penjimatan sumber tenaga dan keefisienan penggunaan sumber tenaga. Langkah-langkah tersebut termasuk mengamalkan dasar ekonomi yang menggalakkan penjimatan sumber tenaga dan mengadakan pembaharuan terhadap harga sumber tenaga.

Menurut beliau, kerajaan akan menggesa badan pembekal elektrik untuk membatalkan dasar keutamaan kepada syarikat yang menggunakan sumber tenaga dalam jumlah besar, dan mengenakan dasar keutamaan dari segi kutipan cukai kepada syarikat yang mengimport kelengkapan penjimatan sumber tenaga dan perlindungan alam sekitar serta menyediakan pinjaman kepada projek menjimatkan sumber tenaga.

Undang-Undang Menjimatkan Sumber Tenaga yang dipinda pada bulan Oktober lalu telah dikuatkuasakan pada 1 April lalu. Kerajaan akan turut menggubal peraturan yang berkenaan berdasarkan undang-undang tersebut, melaksanakan projek menjimatkan sumber tenaga serta menggalakkan syarikat-syarikat supaya berusaha menjimatkan sumber tenaga. Selain itu, kerajaan akan meningkatkan kawalan dan penyeliaan terhadap usaha menjimatkan sumber tenaga dalam bidang yang berkenaan.

China akan melaksanakan 10 projek utama untuk menjimatkan sumber tenaga termasuk mengadakan pengubahsuaian terhadap dandang, menggunakan saki-baki tenaga kepanasan dan tekanan dan lain-lain. Selain itu, kerajaan akan mempopularkan lampu yang menjimatkan tenaga elektrik.

China akan meningkatkan tahap pemeriksaan dan penyeliaan terhadap kerja menjimatkan sumber tenaga dan menyiasat perbuatan yang melanggar Undang-Undang Menjimatkan Sumber Tenaga.

Undang-Undang Menjimatkan Sumber Tenaga yang baru dipinda itu melibatkan bidang pembinaan, pengangkutan dan badan-badan awam, serta menyempurnakan sistem pentadbiran dan piawaian yang berkenaan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |