v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

8 Sektor di Beijing Akan Berkembang Pesat Akibat Sukan Olimpik
2008-06-19 14:48:55 Agensi Berita Xinhua China

Sukan Olimpik akan mengembangkan ekonomi bandar penganjurnya yang melibatkan 8 sektor termasuk pelancongan, komersial, hartanah, pembinaan, komunikasi, sukan, maklumat sains dan teknologi dan telekomunikasi.

Dalam sektor pelancongan, Sukan Olimpik akan menarik ramai pelancong antarabangsa. Kira-kira 200 ribu hingga 300 ribu orang pelancong asing dijangka datang menyaksikan temasya sukan tersebut. Mereka akan menginap di 800 buah hotel. Beberapa destinasi pelancongan yang terkenal di Beijing seperti Kota Larangn, Taman Yihe (Istana Musim Panas) dan Tembok Besar akan menerima kunjungan jumlah pelancong yang besar dari luar negeri. Jumlah pendapatan sektor pelancongan di Beijing sempena Sukan Olimpik dijangka mencatat 4.5 bilion dolar Amerika.

Sukan Olimpik menjadikan pasaran hartanah di Beijing kian makmur. Sempena pembinaan infrastruktur untuk temasya sukan tersebut, ramai penduduk telah membeli rumah yang baru.

Sektor pembinaan ialah sektor yang paling awal mendapat faedah akibat Sukan Olimpik. Beijing telah memperuntukkan 180 bilion yuan RMB bagi pembinaan infrastruktur sahaja. Jumlah keluaran dalam sektor pembinaan di Beijing antara tahun 2003 hingga tahun 2008 akan mencatat angka 500 bilion yuan RMB dan ia menyediakan peluang kerja kepada 80 ribu orang. Selain itu, struktur, teknologi dan bahan yang maju serta peningkatan piawaian perlindungan alam sekitar dalam pembinaan projek Sukan Olimpik akan meningkatkan daya sektor tersebut di Beijing.

Komunikasi di Beijing juga kian maju. Kerajaan telah memperuntukkan 90 bilion yuan RMB bagi sektor tersebut untuk menjamin komunikasi yang lancar dan mudah untuk temasya sukan itu.

Sains dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam Sukan Olimpik di Beijing. Temasya sukan itu akan menyediakan masa depan yang cerah bagi perkembangan sains dan teknologi di bandar itu.

Menjelang Sukan Olimpik 2008, penduduk Beijing semakin membaikan perhatian terhadap sektor sukan. Keadaan ini telah mendorong perkembangan sukan di bandar itu secara besar-besaran.

Sukan Olimpik memerlukan perkhidmatan telekomunikasi yang bertaraf tinggi. Untuk memenuhi kperluan tersebut, pelaburan dan pendapatan dalam sektor tersebut di Beijing kian meningkat. Telekomunikasi dijangka akan berkembang pesat akibat temasya sukan tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |