v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cedai Drolma, Seorang Biduwanita Etnik Tibet yang Terkenal di China

2008-06-20 10:14:36 CRI

1Cedai Drolma berasal dari sebuah keluarga hamba petani yang miskin di kawasan Xigaze Tibet China. Beliau lahir pada tahun 1937. "Cedai" dan "Drolma" dalam bahasa etnik Tibet bermakna panjang umur dan perampuan. Namun, Cedai Drolma yang berusia 70 tahun ini sejak kecil hidup dalam kesengsaraan kerana anggota keluarganya bekerja keras untuk tuan hamba petani semasa Tibet masih berada dalam sistem perhambaan. Beliau berkata bahawa keluarga saya tergolong dalam kelompok hamba petani yang miskin yang tiada tanah pertanian sendiri untuk teruskan kehidupan. Kami menyewa tanah pertanian daripada bangsawan Tibet untuk bercucuk tanam. Semua hasil pertanian mesti diserahkan kepada tuan hamba petani sebagai syarat penyewaan dan ini tiada jaminan dapat keluar daripada kemuskinan.

Nasib Cedai Drolma telah mengalami perubahan yang besar sesudah Tibet dibebaskan secara damai pada tahun 1951. Ketika itu, beliau telah menganggotai Persatuan Pemuda dan Wanita Tibet dan sering kali menyertai aktiviti rekreasi dan pertunjukkan kesenian yang dianjurkan oleh Persatuan Belia dan Wanita Tibet. Bakat menyanyi yang ada padanya membuka peluang kepadanya untuk metonjolkan ketengah pihaknya. Dalam usia 21 tahun beliau sudah menjadi seorang penyanyi tempatan yang terkenal ketika itu. Kursus dan latihan etnik-etnik telah dianjurkan oleh Konservatori Muzik Shanghai yang bertujuan untuk melatih tenaga profesional kesenian di Tibet. Cedai Drolma telah diterima oleh Konservatori Muzik Shanghai pada tahun 1958. Beliau berkata bahawa ketika itu, ramai rakan etnik Han dari kumpulan kesenian kami telah menyertai ujian kelayakan untuk diterima masuk ke konservatori itu. Saya diperkenalkan kepada pensyarah dari Konservatori Muzik Shanghai yang sedang menjalankan ujian bakat penerimaan pelajar konservatori itu. Saya telah diterima selepas diuji suara dan melepasi kelayakan yang dikehendaki.

Bagaimanapun, pelajar di konservatori itu merupakan cabaran yang terbesar bagi Cedai Drolma yang hanya mengikuti pendidikan biasa tidak sampai setahun. Sekalipun pensyarah amat tertarik dengan suara nyanyian Cedai Drolma, tetapi beliau seorang yang buta huruf dan tidak mempunyai pengetahuan tentang teori pokok muzik dan ini menyulitkan beliau dalam pembelajaran. Oleh itu, beliau pernah bercadang untuk berhenti belajar. Beliau berkata bahawa saya tidak pandai bertutur dalam bahasa Mandarin semasa mengikuti pelajaran di konservatori itu. Jadi saya bercadang untuk berhenti sahaja dan kembali ke Tibet.

Apabila masalah Cedai Drolma diketahui oleh pihak konservatori itu, pensyarah dari konsevatori itu merangka rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan beliau. Pensyarah juga mulai belajar bahasa etnik Tibet supaya dapat memberi kuliah kepadanya. Rakan pelajar pula telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan Cedai Drolma. Ini memberi semangat kepada beliau supaya belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh bagi mencapai kemajuan yang besar dalam pelbagai aspek nyanyian. Dalam tempoh tersebut, beliau pernah menjadi penyanyi latar untuk sebuah filem dokumentari yang panjang. Beiau berkata bahawa lagu ini dirakamkan untuk filem dokumentar yang sangat panjang yang gambarkan oleh Stadio Filem Xinyi Beijing. Filem dokumentar itu mencerminkan keaadaan kemunduran Tibet yang lalu dan pembaharuan demokratik yang dilaksanakan di wilayah tersebut.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |