v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Berusaha Menjamin Kualiti Udara dan Keselamatan Makanan
2008-06-24 15:09:45 Agensi Berita Xinhua China

Menjelang Sukan Olimpik Beijing, China sedang giat mengambil pelbagai langkah untuk menunaikan janjinya kepada rakyat seluruh dunia, iaitu menjamin udara yang berkualiti tinggi dan makanan yang selamat.

Akhir-akhir ini, China mengeluarkan pelbagai peraturan sementara berkait dengan penggunaan kenderaan di Beijing. Contohnya, bagi tempoh antara 20 Julai hingga 20 September nanti, penggunaan kereta biasa mesti mematuhi peraturan berikut: kereta yang bernombor ganjil hanya boleh masuk pada tarikh-tarikh ganjil, manakala kereta yang bernombor genap boleh masuk pada tarikh-tarikh genap dan pelepasan gas ekzos kenderaan juga mesti memenuhi piawaian perlindungan alam sekitar. Pelaksanaan peraturan tersebut bukan sahaja untuk menjamin kelancaran lalu lintas, dan menjimatkan sumber tenaga, tetapi juga untuk menjamin kualiti udara Beijing.

Selain daripada mengurangkan pelepasan gas ekzos kenderaan, Beijing juga berusaha untuk mengawal dan menangani pencemaran industri seperti arang batu dan habuk. Kilang yang melepaskan pencemaran yang banyak seperti kilang keluli telah dipindahkan ke bandar lain.

Sekarang, Beijing menjalankan pemeriksaan tentang pencemaran udara dan mengumumkan hasilnya kepada orang awam setiap hari. Pakar asing juga dipelawa untuk mengemukakan cadangan dan menyertai kerja penyeliaan dan pemeriksaan kualiti udara di Beijing.

Pada masa yang sama, China juga berusaha bersungguh-sungguh menjamin keselamatan makanan. Pegawai Jabatan Penyeliaan dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan China, Sun Xianze menyatakan bahawa semua makanan yang disediakan dalam Sukan Olimpik Beijing nanti mesti memenuhi piawaian antarabangsa.

Sekarang, Beijing menetapkan sistem penyeliaan dan kawalan yang menyeluruh terhadap proses pembuatan dan penyediaan makanan. Maklumat tentang proses makanan yang disediakan di Beijing dapat diketahui melalui sistem itu.

Jurucakap Pejabat Keselamatan Makanan Beijing, Tang Yunhua menyatakan bahawa Beijing menyediakan peraturan yang terperinci untuk menjamin keselamatan makanan yang disediakan kepada tetamu dari selururh dunia dalam Sukan Olimpik nanti.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |