Kami akan membawa anda ke taman pertanian contoh bagi sains dan teknologi tinggi di provinsi Zhejiang, kawasan timur China. Di sana, kita dapat melihat proses pertumbuhan pertanian yang dikawal oleh komputer, dan air hujan dikumpul untuk mengairkan tanam-tanaman. Di samping itu, tumbuh- tumbuhan yang berharga dilindungi dan ditingkatkan mutunya melalui usaha pengklonan.
Ketika tiba di taman pertanian Zhejiang, kita akan melihat sebuah rumah hijau yang saiz amat besar, dan fungsinya untuk memelihara pencambahan benih tanaman. Menurut Puan Gu Shenyan, pekerja di taman itu, rumah hijau itu luasnya tiga hektar. Proses menyemai benih di sana tidak serumit menyemai benih di tempat lain. Dengan penyemaian dibatas bergerak secara automatik dan laju untuk menyemai sebiji benih, hanya memakan masa tiga saat. Yang sungguh mengagumkan ialah tanah tidak ada di sana, setiap biji benih disemai di tapak yang berwarna kelabu. Pada akar setiap batang benih pokok ini disuntik sebatang jarum yang dihubungkan dengan tiub yang merintiskan air. Rupanya sama seperti tiub memasukkan air bagi pesakit di hospital. Pertumbuhan benih bergantung pada air berzat yang dibekalkan melalui tiub tersebut. Di samping itu, suhu udara, sinaran cahaya dan pemeriksaan pertumbuhan semuanya dikawal oleh komputer. Puan Gu Shenyan berkata:
"Misalnya suhu udara, kelembapan dan tiupan angin dalam rumah hijau dikawal melalui komputer. Dalam rumah hijau, hanya perlu diaturkan dua orang pekerja sahaja kerana kebanyakan kerja di sini dijalankan melalui komputer."
Kita difahamkan bahawa jumlah keluaran seunit tanam-tanaman yang ditanam tanpa tanah ini, selalunya beberapa kali ganda berbanding dengan tanam-tanaman biasa. Contohnya tomato, melalui penanaman cara ini, pengeluarannya bagi kawasan purata satu meter persegi mencapai lebih 46 kilogram. Angka itu merupakan lebih seratus kali ganda berbanding dengan tanaman di ladang biasa.
Di samping itu, reka bentuk rumah hijau tersebut juga mengutamakan perlindungan alam. Puan Gu Shenyan menunjukkan seunit paip keluli dalam rumah hijau itu sambil menjelaskan:
"Paip keluli ini ialah sistem pemanasan. Sisa wap dari loji jana kuasa elektrik yang berhampiran dengan lading kami dihantar ke sini melalui paip ini. Kami memanaskan udara dengan wap itu. Jika kami membakar arang batu untuk memanaskan udara, ia akan mengakibatkan pencemaran udara."
Selain itu, taman ini juga diperuntukkan beberapa juta yuan RMB untuk membina sistem pengumpulan air hujan sebagai sumber bekalan air. Puan Gu Shenyan menyatakan bahawa 70% air untuk mengairkan bunga dan benih tanaman dalam taman itu adalah daripada air hujan yang diuruskan melalui sistem tersebut.
Rumah hijau untuk memelihara benih tanaman yang kami perkenalkan tadi hanya sebahagian kecil daripada taman pertanian Zhejiang. Taman ini mula ditubuhkan pada tahun 2001, dengan keluasan lebih 330 hektar, dan jumlah peruntukan melebihi 500 juta yuan RMB. Sekarang terdapat lebih 20 buah badan penyelidikan sains yang menubuhkan cawangan dalam taman ini, termasuk Akademi Sains Pertanian China dan Universiti Zhejiang. Selain menggunakan teknologi pertanian tinggi yang harta inteleknya dimiliki oleh China, taman ini juga mengimport teknologi tinggi dari A.S., Perancis dan Belanda. Dalam taman itu, selain rumah hijau tersebut, terdapat juga Pusat Klon Tumbuh-tumbuhan dan Rumah Hijau Kaca yang Pintar. Teknologi yang dipunyai oleh Pusat Klon Tumbuh-tumbuhan ini telah mencapai tahap yang paling tinggi di China dalam bidang itu. Kita melihat proses kerja di sana sama seperti di bilik pembedahan di hospital kerana udara di pusat ini mesti tanpa kuman dan debu sedapat yang mungkin. Puan Gu Shenyan berkata bahawa dalam sektor pertanian, penggunaan teknologi klon bertujuan terutamanya untuk menyimpan sumber jenis benih tumbuh-tumbuhan serta pencambahan benih yang baik dengan cepat. Kata beliau:
"Kami mengutip sebahagian tumbuhan seperti daun, batang atau akar untuk memeliharanya menjadi jenis tumbuhan yang baru. Ini dikenali sebagai pemeliharaan gen atau klon tumbuh-tumbuhan."
Pegawai pentadbiran taman itu, Encik Zhu Xiaoxiang memberitau bahawa beberapa jenis tumbuhan yang sukar ditanam pada masa dulu, sekarang sudah dapat dikeluarkan dengan bilangan yang besar melalui proses klon. Ini memberitahu manfaat kepada kaum tani. Beliau menceritakan satu contoh:
"Dulu kami membeli sebatang benih semaian Orkid Moon dari Taiwan dengan harga 15 hingga 30 yuan RMB. Melalui penyelidikan kami, benih bunga itu yang kami bekalkan kepada kaum tani hanya tiga hingga lima yuan sahaja."
Encik Zhu Xiaoxiang berkata bahawa benih tumbuh-tumbuhan yang berharga yang diklon di pusat itu mencapai 30 juta batang setiap tahun.
Sebenarnya, kerajaan provinsi Zhejiang sentiasa berusaha membangunkan pertanian berdasarkan sains dan teknologi tinggi kerana tanah di provinsi itu agak kurang bagi bilangan penduduknya yang besar. Membina taman pertanian contoh ini merupakan salah satu langkah yang penting dalam usaha kerajaan. Kerajaan Zhejiang berharap dapat menggabungkan sumber tenaga sains dan teknologi melalui taman itu untuk menggalakkan pembangunan dan penyelidikan teknologi pertanian tinggi dan penggunaannya dalam aktiviti pertanian.
Menurut statistik, sejak taman pertanian Zhejiang ditubuhkan, projek itu telah berjaya meneroka, mengimport dan memperkenalkan lebih seratus jenis tumbuhan termasuk Orkid Moon dan Anthurium Andraeanum. Baru-baru ini, taman itu dan Pusat Ubi Kentang Antarabangsa mencapai persetujuan kerjasama untuk menanam jenis ubi kentang yang sesuai dibekalkan kepada restoran KFC.
Kini, kebanyakan petani tempatan merasakan bahawa cara tanaman di taman itu adalah yang dimaksudkan sebagai "pertanian moden". Pegawai yang bertanggujawab atas pengeluran benih tanaman di taman itu, Encik Ma Qiang berkata bahawa ramai petani amat berminat kepada benih jenis baru yang diselidik dan dipopularkan oleh mereka. Beliau berkata:
"Kaum tani berminat terhadap benih jenis baru di taman kami.Ada kalanya mereka menelefon kami untuk mengetahui sekiranya ada lagi benih jenis baru."
Menurut statistik peringkat awal, kawasan desa di provinsi Zhejiang telah menanam benih jenis baru dan menggunakan teknologi daripada taman pertanian Zhejiang ini secara maksimum. Pendapatan kaum tani yang terbabit menjadi bertambah hampir 700 juta yuan RMB.
Bukan setakat itu sahaja, Taman Pertanian Zhejiang juga telah menyusun rancangan pembangunan yang lebih besar. Encik Zhu Xiaoxiang berkata,
"Apa yang diperlukan kaum tani ialah perkhidmatan. Kami diharapkan menyediakan benih tanam-tanaman yang baru dan sokongan teknologi kepada mereka, di samping itu, kami juga perlu mengajarkan cara pengurusan dan memberikan bantuan dana kepada mereka."
Sehubungan dengan itu, dalam tempoh tiga hingga lima tahun yang akan datang, taman sains pertanian, yang termasuk badan pembangunan dan penyelidikan teknologi pertanian dan biologi antarabangsa, taman perniagaan hasil pertanian antarabangsa dan pusat perkhidmatan inovasi sains dan teknologi, akan dibina di kawasan Taman Pertanian Zhejiang. Encik Zhu Xiaoxiang berkata bahawa selepas taman tersebut dibina, sains dan teknologi akan memainkan peranan sokongan yang lebih kukuh untuk mengembangkan peranian di Zhejiang.
|