v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pemeriksaan Keselamatan Mula Dilaksanakan di Stesen-Stesen Kereta Api Bawag Tanah Beijing
2008-06-30 16:13:17 Agensi Berita China

Pemeriksaan keselamatan terhadap penumpang mula dilaksanakan di stesen-stesen kereta api bawah tanah Beijing pada 29 Jun. Para penumpang didapati memberi kerjasama dan mematuhi dengan tertib pada hari pertama peraturan baru itu berkuatkuasa.

Pada pukul 10.00 pagi semalam, wartawan yang berada di Stesen An Ding Men laluan Nombor 2 kereta api bawah tanah Beijing mendapati sebuah mesin pemeriksaan keselamatan sinar-X yang memeriksa barang-barang menumpang di sebelah mesin pemeriksaan tiket. Paparan mesin teresbut boleh memperlihatkan bentuk barang yang dibawa oleh penumpang.

Seorang penumpang, encik Yang menyatakan bahawa walaupun pemeriksaan keselamatan tersebut memberikan kesukaran sedikit kepada penumpang tetapi ia dapat menjamin keselamatan. Beliau menyatakan bahawa beliau boleh menerima peraturan pemeriksaan keselamatan tersebut dan juga bersedia memberi kerjasama mematuhi peraturan baru itu.

Pengarah Publisiti Syarikat Kereta Api Bawah Tanah Beijing, Jia Peng memaklumkan bahawa keselamatan dan kestabilan kemudahan kereta api bawah tanah dan keselamatan barang penumpang menjadi dua faktor utama yang mempengaruhi keselamatan awam dalam kereta api bawah tanah. Antara kedua-duanya, keselamatan barang penumpang lebih sukar untuk dikawal.

Tentang kebimbangan pemeriksaan yang akan mengakibatkan aliran penumpang menjadi perlahan, Jia Peng menyatakan bahawa pemeriksaan keselamatan teresbut dilaksanakan secara terpilih sahaja, tapi bagasi besar mesti diperiksa.

Kita dimaklumkan bahawa dalam tempoh 3 bulan bermula semalam, pemeriksaan keselamatan dilaksanakan di semua 93 buah stesen kereta api bawah tanah Beijing. Situasinya kelmarin, para penumpang boleh menerima peraturan tersebut, dan tidak dijumpai barang yang dilarang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |