v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kota Kuno Yinchuan Pamerkan Wajah Baru

2008-07-02 15:17:12 Agensi Berita Xinhua China

Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, merupakan salah satu laluan larian obor Sukan Olimpik Beijing. Bandar yang pernah menjadi ibu kota Dinasti Xixia pada zaman purba akan membuka tudungnya yang penuh misteri kepada dunia.

Dinasti Xixia dikenali sebagai "negeri yang penuh misteri" dalam sejarah. Ibu kotanya, Xingqingfu ialah bandar Yinchuan hari ini. Itulah sebabnya, Yinchuan menjadi salah sebuah bandar kebudayaan yang terkenal dalam sejarah China. Kubur Raja Dinasti Xixia yang dibaratkan sebagai "Piramid di China" masih tersergam di pinggir bandar Yinchuan dan ia menjadi saksi pembangunan kota kuno tersebut.

Sebagai ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, adat resam etnik Hui menjadi latan seluruh bandar Yinchuan. Masjid Besar Nanguan dan Masjid Najiahu merupakan destinasi kunjungan yang terkenal. Selain itu, Yinchuan juga merupakan tempat tinggal puluhan etnik minoriti. Antara 26 buah etnik minoriti yang terdapat di sini termasuklah etnik Han, Hui, Man, Mongolia dan Korea.

Walaupun Yinchuan terletak di kawasan barat laut yang kemarau, tanahnya subur kerana adanya Sungai Kuning. Maka, itulah sebabnya Yinchuan juga dikenali sebagai "Sai Shang Jiang Nan", iaitu tempat di padang pasir yang mempunyai tanah ladang sesubur kawasan aliran Sungai Yangtze di bahagian selatan.

Sekarang ini, Yinchuan juga mempamerkan slogan baru bandarnya yang istimewa, iaitu "paling sesuai untuk hidup, paling sesuai untuk urus niaga".

Beberapa tahun kebelakangan ini, Yinchuan memperoleh pelbagai anugerah seperti Bandar Kesihatan China, Bandar Penjimatan Air China, Bandar Taman China dan Bandar Model Persekitaran Kehidupan China. Dengan itu, Yinchuan menjadi bandar yang "berlangit biru, bertanah hijau, berair bersih dan sesuai untuk kehidupan".

Dengan penggalakan usaha niaga melalui ciri istimewanya yang sesuai untuk kehidupan, Yinchuan terus memperbaiki iklim pembangunan ekonominya berasaskan dasar terbuka dan keefisienannya. Justeru, sebuah pusat bandar kawasan yang moden sedang dibangunkan di barat laut China.

Datuk bandar Yinchuan, Wang Rugui menyatakan bahawa membangunkan pusat bandar kawasan yang moden yang paling sesuai untuk kehidupan dan paling sesuai untuk urus niaga dapat memberikan manfaat kepada penduduk. Penduduk Yinchuan akan terus bersama-sama membangunkan dan menikmati kehidupan dalam masyarakat yang harmoni.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |