v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penerbangan Sewa Khas antara Kedua-dua Pantai Selat Taiwan Dilancarkan

2008-07-04 11:28:24 Agensi Berita Xinhua China

Penerbangan sewa khas pada hujung minggu antara kedua-dua pantai Selat Taiwan dilancarkan hari ini. 18 penerbangan sewa khas daripada 11 buah syarikat penerbangan kedua-dua pantai akan beroperasi antara kedua-dua pantai selat Taiwan.

Syarikat Penerbangan Antarabangsa China, Syarikat Penerbangan Timur China, Syarikat Penerbangan Selatan China, Syarikat Penerbangan Hainan China, Syarikat Penerbangan Shanghai China dan Syarikat Penerbangan Xiamen akan memulakan penerbangan masing-masing antara Beijing, Shanghai, Guangzhou, Xiamen dan Nanjing di tanah besar dengan Lapangan Terbang Taoyuan dan Songshan di Taiwan. Syarikat Penerbangan China Taiwan, Syarikat Penerbangan Mandarin Taiwan, Syarikat Penerbangan EVA, Syarikat Penerbangan UNI dan Syarikat Penerbangan TransAsia pula akan memulakan penerbangan masing-masing antara Taipei, Taichung, Kaohsiung, Hualien dan Penghu di Taiwan dengan Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Xiamen di tanah besar.

Antaranya, yang pertama ialah penerbangan daripada Syarikat Penerbangan Selatan yang berlepas pada pukul 4.00 pagi tadi dan mendarat di Taipei pada pukul 8.10 pagi tadi. Syarikat penerbangan tersebut menjadi syarikat penerbangan yang pertama di tanah besar yang memberbangkan penumpang dengan kapal terbangnya dari tanah besar ke Taiwan. Penerbangan sewa khas daripada Syarikat Penerbangan Mandarin Taiwan pula berlepas dari Taichung pada pukul 3.30 pagi tadi dan mendarat di Nanjing pada pukul 6.00 pagi tadi. Penerbangan tersebut menjadi penerbangan sewa khas Taiwan yang paling awal berlepas dari Taiwan dan mendarat di tanah besar.

Syarikat-syarikat penerbangan yang berkenaan di tanah besar sudah bersiap sedia. Masing-masing menyediakan makanan keistimewaan Taiwan dan tempatan dalam kapal terbang mereka.

Lapangan-lapangan terbang Taiwan yangterlibat dengan projek penerbangan pada hujung minggu antara kedua-dua pantai ini juga telah menyiapkan rancnagan. Mereka akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyambut pelancong dari tanah besar.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |