v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pola-Pola Kepercayaan Agama Etnik Miao China

2008-07-04 15:02:37 CRI

Gadis-gadis etnik Miao dari provinsi Guizhou di barat daya China yang memakai pakaian yang berwarna-warni, dan perhiasan seperti rantai leher yang besar serta gelang yang diperbuat daripada perak mengucapkan selamat datang kepada tetamu dengan mengangkat gelas arak dan berdoa semoga tetamu sihat dan bahagia selepas minum segelas minuman itu.

Etnik Miao merupakan salah satu daripada 55 etnik minoriti di China. Kebanyakan mereka tinggal di provinsi Guizhou, Yunnan dan Hunnan China. Adat resam etnik Miao ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang telah wujud sekian lama. Ketika menggambarkan perayaan, gadis etnik Miao gemar memakai pakaian berwarna-warni yang dijahit dan disulam oleh mereka sendiri dan mereka juga memakai barang hiasan yang diperbuat daripada perak yang disediakan oleh ibu bapa mereka. Selain menonjolkan kecantikan pakaian dan perhiasan mereka, pakaian dan barang hiasan etnik Miao ini juga mengandungi makna yang tersendiri.

Etnik Miao tidak mempunyai tulisan mereka sendiri. Jadi cerita-cerita rakyat dan legenda yang tersebar turun-temurun, tempat yang didiami oleh nenek-moyang dan lakukan perpindahan mereka dicatatkan dalam balada dan dalam upacara pemujaan dan diwarisi dari mulut ke mulut. Di, samping itu, hal-hal tersebut juga dicatatkan dalam sulaman pakaian dan perhiasan perak yang dipakai mereka supaya tidak dilupakan oleh anak cucu.

Terdapat sebuah kampung yang didiami oleh lebih seribu buah keluarga penduduk etnik Miao di pekan Xijiang, kaunti Leishan kawasan Autonomi Etnik Dong dan Etnik Miao provinsi Guizhou. Gambar rama-rama sebagai pola utama budaya mereka banyak disulam pada pakaian penduduk tempatan. Seorang ketua penduduk etnik Miao tempatan, Encik Tang berkata bahawa rama-rama sebagai pola utama telah banyak disulam pada pakaian dan barang perhiasan. Menurut dongengnya, rama-rama merupakan nenek moyang penduduk etnik Miao di sini.

Menyentuh tentang legenda rama-rama ini, Naib Pengerusi Persatuan Kesusasteraan provinsi Guizhou, profesor He Guangyu berkata bahawa pola-pola tertentu seperti daun maple dan rama-rama banyak digunakan sebagai perhiasan pakaian yang digemari oleh wanita etnik Miao. Mereka percaya bahawa nenek moyang mereka ialah seekor rama-rama yang berasal daripada batang pokok maple. Rama-rama itu telah bertelur 12 biji. Manusia dan binatang dipercayai mereka berasal daripada telur tersebut. Jadi, ibu mereka ialah rama-rama dan pokok maple merupakan nenek moyang mereka.

Gadis etnik Miao biasanya akan menjahit sepasang pakaian bersulam khusus sebelum berkahwin. Kecintaan terhadap nenek moyang mereka dan harapan terhadap kebahagia mereka juga digambarkan melalui sulaman pada pakaian perkahwinan mereka. Pakaian ini biasanya dijahit dan disulam selama 3 hingga 5 tahun.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |