v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rombongan Pelancong Tanah Besar Mulakan Lawatan di Pulau Taiwan

2008-07-07 14:12:10 Agensi Berita Xinhua China

Seramai 680 orang pelancong dari Tanah Besar China telah berlepas dari Taipei baru-baru ini untuk membuat lawatan ke pelbagai tempat di Pulau Taiwan menurut agenda yang disediakan oleh beberapa buah agensi pelancongan.

Mereka merupakan kumpulan pertama pelancong dari Tanah Besar ke Taiwan. Tasik Bulan Matahari yang terletak di Kaunti Nantou merupakan salah satu destinasi pelancongan yang mempunyai daya tarikan paling besar bagi pelancong-pelancong Tanah Besar. Beberapa rombongan pelancong telah melawat kawasan tersebut secara berturut-turut pada 5 dan 6 Julai yang lalu.

Tasik Bulan Matahari merupakan tasik terbesar di Taiwan dengan ketinggian 748 meter dari paras laut. Luasnya lebih 8 kilometer. Sebuah pulau telah membahagikan tasik tersebut menjadi dua bahagian. Bahagian utaranya berupa matahari dan bahagian selatan pula berupa bulan sabit. Oleh itu, tasik tersebut dinamakan Tasik Bulan Matahari.

Ramai pelancong dari Tanah Besar yang menyatakan kegembiraan mereka apabila impian mereka menjadi kenyataan. Sepasang suami isteri yang telah berusia lebih 70 tahun menyatakan bahawa sebelum ini, tasik ini hanya merupakan syurga dalam impian, dan cerita mengenainya hanya dapat dibaca dari buku. Sekarang apabila mereka sendiri dapat datang ke sini, perasaan gembira mereka tidak terhingga yang sukar digambarkan.

Beberapa banyak restoran di sekitar Tasik Bulan Matahari ini telah menerima ramai pelancong dari Tanah Besar. Encik Zhang Shuiyuan yang telah membuka restoran di sini lebih 40 tahun yang lalu, mengyatakan bahawa beliau selalu berharap pelancong dari Tanah Besar datang melawat ke Tasik Bulan Matahari. Akhirnya mereka datang ke sini. Beliau mengalu-alukan kedatangan mereka.

Pelancong-pelancong dari Tanah Besar telah mendapat sambutan yang hangat di setiap tempat yang dilawati mereka. Ketika mereka melawat Kuil Zhongtai di Kaunti Nantou pada pagi semalam, Sami Besar kuil tersebut, Wei Jue, yang berusia lebih 80 tahun, telah mengalu-alukan kedatangan mereka. Sami itu menyatakan bahawa kedatangan pelancong Tanah Besar serta penerbangan khas yang beroperasi setiap hujung minggu merupakan permulaan baru bagi hubungan antara Tanah Besar dengan Taiwan dan juga menandakan harapan untuk masa depan yang baru.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |