v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seorang Buruh yang Bertaraf Pakar, Dou Tiecheng

2008-09-09 10:47:50 CRI

Jika saya menyebut "Juruteknik Gemilang", "Pakar Tenaga Elektrik" dan "Buruh yang Bertaraf Pakar", apa imej orang itu anda akan bayangkan? Semua gelaran tersebut dimiliki seorang buruh yang hanya berkelulusan sekolah menengah rendah.

Dalam tempoh 29 tahun beliau bekerja, orang itu berjaya memperoleh keuntungan sebanyak 13.8 juta yuan RMB untuk pihak majikannya melalui inovasi teknologi dan peningkatan kecekapan penyelenggaraan perusahaan. Beliau ialah Dou Tiecheng, seorang juruteknik yang bertaraf pakar pada zaman moden.

Dou Tiecheng, 52 tahun, bertugas sebagai juruteknik kanan di Syarikat Zhongtie China Bhd. yang menumpukan perhatian dalam projek pembinaan. Beliau terpaksa bekerja di tempat yang jauh dari rumahnya yang selalu berubah-ubah tempat. Pekerjaannya memaksa Dou Tiecheng menghadapi persekitaran hidup yang sulit dalam tempoh yang panjang.

Bagaimanapun, Dou Tiecheng mengekalkan semangat yang kuat bagi menguasai pengetahuan dan menimba pengalaman tanpa menghirau kesulitan hidupnya.

Beliau berkata: "Ketika baru diterima sebagai buruh tenaga elektrik, saya sudah mempunyai pengalaman dalam bidang itu sewaktu bertugas di kawasan desa. Akan tetapi, tuntutan pekerjaan itu jauh lebih tinggi daripada yang saya bayangkan, malah saya tidak berupaya memanjat tiang elektrik semasas memulakan tugas di pejabat tenaga elektrik."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |