v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita mengenai Ketabahan Dua Orang Pelajar dan Seorang Guru semasa Menghadapi Gempa Sichuan

2008-09-02 10:06:34 CRI

Dalam tempoh lebih sebulan lalu selepas gempa bumi Sichuan berlaku, kami telah membuat banyak liputan tentang cerita yang mengharukan dalam kerja-kerja menyelamat mangsa bencana. Hari ini, saya akan menceritakan mengenai dua orang pelajar dan seorang guru yang menunjukkan semangat yang gigih dalam menghapuskan bahaya semasa berlaku gempa bumi.

Lin Hao, seorang murid tahun kedua Sekolah Rendah Yuzixi, Pekan Yingxiu, Kaunti Wenchuan, Provinsi Sichuan hanya berusia 9 setengah tahun ketika kejadian berlaku. Pada ketika gempa berlaku, Lin Hao dan teman sekolahnya tertimbus di bawah siling batu yang menimpa mereka sehingga tidak dapat menggerakkan badan. Selepas terperangkap selama dua jam, Lin Hao dapat menggerakkan badannya dan sedikit demi sedikit berusaha untuk merangkak keluar daripada runtuhan bangunan. Disebabkan badannya yang kurus dan kecil, Lin Hao dapat berbuat demikian, akhirnya dengan kepayahan berjaya meloloskan diri daripada timbunan sisa runtuhan.

Walaupun sudah dapat keluar dari bawah runtuhan, Lin Hao tidak meninggalkan tempat itu sebaliknya dia merasa perlu selamatkan dua orang teman sekolahnya. Dia menguatkan semangat dan berusaha menarik keluar dua teman sekolah yang sudah pingsan.

Lin Hao berkata: "Dua orang teman sekolah menghempas badan saya. Pada waktu itu, saya kuatkan semangat berusaha sedaya upaya bergerak dan merangkak keluar. Kemudian, saya menarik kedua-dua mereka yang sudah pingsan itu keluar daripada runtuhan. Saya memikul seorang demi seorang dan diserahkan kepada pengetua sekolah. Selepas itu, pengetua sekolah saya menyerahkan mereka kepada ibubapa masing-masing yang membawa mereka ke tempat yang selamat."

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |