v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Banyak Tempat di China Tawarkan Peluang Kerja bagi Mangsa Bencana Gempa

2008-07-09 12:20:26 Agensi Berita Xinhua China

Jabatan Pekerjaan dan Pengagihan Pendapatan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara memaklumkan bahawa berdasarkan arahan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara China mengenai kerja-kerja bantuan bencana serta pembinaan semula, banyak tempat yang telah menawarkan peluang kerja kepada mangsa gempa bumi dan ini telah mendapat sambutan yang baik.

Kerajaan kawasan bencana sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu mencari peluang kerja bagik mangsa yang terlibat bencana. Bandar Chengdu dan Dujiangyan telah menyediakan 13,000 peluang kerja dan kini lebih 5000 orang mangsa tempatan telah mendapat kerja baru. Bandar Shuangliu menyediakan 3000 peluang kerja kepada mangsa bencana. Beberapa buah syarikat tempatan juga sedang giat berusaha untuk menyediakan peluang kerja bagi mereka.

Selain Sichuan, provinsi-provinsi lain juga berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan peluang kerja bagi mangsa dari kawasan bencana ini. Provinsi Anhui telah menyediakan 10 ribu peluang kerja bagi mangsa dari Aba, Provinsi Sichuan. Provinsi ini juga akan menyediakan subsidi pengangkutan kepada mangsa tersebut untuk membantu mereka datang ke Anhui. Anhui juga menyediakan program pendidikan vokasional kepada 663 orang pelajar yang datang dari Wenchuan. Provinsi Hubei juga telah menyediakan 15 ribu peluang kerja bagi mangsa bencana. Kerajaan tempatan pula menyediakan tempat tinggal percuma dan membayar tiket mereka untuk datang ke Hubei. Sebahagian gaji telah dibayar dahulu kepada mangsa yang berkenaan sebelum mereka mula bekerja. Kini terdapat 266 ribu orang pekerja dari kawasan bencana Sichuan yang sedang bekerja di Provinsi Guangdong. Kerajaan tempatan Guangdong menyediakan peluang kerja kepada mereka dalam tempoh lima hari setelah mereka tiba di Guangdong.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara juga mencadangkan supaya pihak-pihak yang berkenaan mengaitkan bantuan pekerjaan dengan pembinaan semula kawasan bencana. Menurut rancangannya, banyak projek pembinaan kemudahan infrastruktur yang akan dilaksanankan di kawasan bencana dalam tempoh tiga tahun akan datang. Jadi banyak tenaga kerja yang akan diperlukan untuk projek-projek tersebut. Pengambilan tenaga kerja ini hendaklah mengutamakan mangsa dari kawasan bencana. Dengan itu, ia dapat memenuhi keperluan tenaga kerja untuk pembinaan semula di samping menyediakan peluang kerja kepada mangsa bencana.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |