v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Laksanakan Pemeriksaan Meter Teksi
2008-07-11 12:04:38 Agensi Berita Xinhua China

Jabatan kerajaan yang berkenaan di Beijing telah melaksanakan pemeriksaan meter teksi di lapangan terbang, stesen kereta api dan di tempat-tempat lain yang teksi di sana agak banyak untuk menjamin meter teksi Beijing bergerak dengan tepat, dan teksi dapat menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada tetamu-tetamu yang datang ke Beijing sempena Sukan Olimpik nanti.

Pegawai Biro Pengawasan Kualiti dan Teknik Beijing dan Pasukan Penguatkuasa Undang-undang Pengangkutan Beijing telah melaksanakan pemeriksaan meter teksi secara mengejut di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Berdasarkan hasil pemeriksaan, kebanyakan meter teksi tersebut menepati standard yang ditetapkan. Namun, ada juga beberapa meter teksi yang menghadapi masalah kerana tidak menjalankan pemeriksaan berkala, tiada tanda pengesahan dan lain-lain. Kini, di Beijing terdapat 64 ribu buah teksi yang telah memasang meter. Berdasarkan peraturan yang ditetapkan, pemeriksaan meter teksi diadakan sekali setahun oleh Biro Pengawasan Kualiti dan Tekniki Beijing. Meter yang telah lulus pemeriksaan akan diberi tanda pengesahan. Jika pemandu teksi tidakn menjalankan pemeriksaan meter pada waktu yang ditetapkan, operasi meternya akan berhenti sendiri.

Sebelum ini, Biro Pengawasan Kualiti dan Teknik Beijing telah melaksanakan pemeriksaan khas selama 50 hari terhadap pelbagai alat pengira yang digunakan di stesen-stesen minyak, rumah sakit, pasar raya, restoran, syarikat yang memberikan perkhidmatan Sukan Olimpik dan lain-lain. Setakat ini, pihak yang berkenaan telah menyelesaikan pemeriksaan terhadap 99 buah syarikat teksi dan 18 buah tempat yang jumlah teksi di sana agak banyak seperti hotel, restoran dan rumah sakit. Sejumlah 14535 buah teksi telah diperiksa, antaranya terdapat 44 buah yang dikesan terdapat masalah pada meternya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |