v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyelidikan Sains yang Dijalankan oleh China di Kutub Utara Bertujuan Damai

2008-07-16 14:38:56 Agensi Berita Xinhua China

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, beberapa buah negara di dunia seperti Rusia dan Kanada telah meracakkan bendera di dasar alut Kutub Utara atau mengumumkan akan menubuhkan pangkalan tentera di Kutub Utara. Tindakan negara-negara tersebut bertujuan untuk meraih sumber tenaga di kawasan tersebut. Pada 11 Julai lalu, China telah kali ketiga menghantar pasukan penyelidik sains ke Kutub Utara. Ahli sains daripada pasukan itu, Zhang Haisheng menyatakan bahawa pasukan itu akan membuat penyelidikan terhadap perubahan iklim, dan bukan sumber tenaga di kawasan Kutub itu. Katanya, semua aktiviti penyelidikan sains China di Kutub Utara pada tahun-tahun kebelakangan ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh perubahan persekitaran terhadap iklim di Kutub Utara dan China.

Zhang Haisheng menyatakan bahawa penyelidikan China kali ini bertujuan untuk mengkaji perubahan ekologi, persekitaran dan iklim di Kutub Utara serta pengaruh daripada perubahan iklim yang pesat di kawasan tersebut terhadap iklim dan sosioekonomi di China. Oleh sebab itu, penyelidikan kali ini merupakan aktiviti damai.

Berdasarkan statistik, keadaan pencairan ais di Kutub Utara lebih teruk berbanding dengan tahun yang lalu. Pasukan penyelidikan sains China akan membuat kajian tentang pengaruh pencairan ais terhadap laut dan udara.

Perubahan laut, ais dan udara di kawasan Kutub Utara akan memberi pengaruh yang besar kepada perubahan iklim di China. Iklim di China berkaitan rapat dengan monsun. Monsun akan menentukan suhu, kemarau dan hujan di China. China telah dilanda bencana ais beku dan ribut salji pada awal tahun ini. Bencana tersebut mempunyai kaitan dengan iklim di kawasan Kutub Utara.

Zhang Haisheng menyatakan bahawa perubahan persekitaran dan iklim berkait rapat dengan perkembangan sosioekonomi. Jadi mengetahui perubahan iklim di Kutub Utara amat penting bagi China. China menjalankan penyelidikan sains ke kawasan tersebut dengan tujuan damai.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |