v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pemandu Teksi Beijing Giat Membuat Persiapan bagi Sukan Olimpik
2008-07-17 14:27:45 Agensi Berita Xinhua China

Bermula pada 20 Julai akan datang, kereta di Beijing akan bergerak mengikut giliran berasaskan nombor ganjil atau genap untuk menjamin kelancaran lalu lintas bagi Sukan Olimpik. Sejumlah 66 ribu buah teksi akan menjadi alat komunikasi yang penting bagi tetamu asing dan penduduk Beijing. Pemandu teksi Beijing, kini, giat membuat persiapan untuk menyediakan perkhidmatan yang baik bagi Sukan Olimpik.

Encik Sun Shengli merupakan seorang pemandu dari Syarikat Teksi Shuanghuan Beijing. Sarung kerusi dan permaidani dalam keretanya amat bersih, dan udara dalam kereta juga agak nyaman. Beliau melayani tetamu dengan ramah dan mesra. Katanya, menyediakan suasana yang selesa dalam kereta merupakan kaedah yang paling sesuai bagi mereka untuk menyambut Sukan Olimpik.

Beberapa buah syarikat teksi di Beijing telah menyediakan latihan dalam bidang bahasa asing, etiket serta pengetahuan tentang pelancongan, makanan dan kebudayaan di Beijing kepada pemandu mereka.

Seorang pemandu dari Syarikat Teksi Huimin Beijing, Wang Xuefang menyatakan bahawa tentu ramai tetamu asing yang akan datang ke Beijing untuk menyaksikan Sukan Olimpik. Jadi, beliau tekuh mengikuti latihan itu untuk memperkenalkan sejarah destinasi pelancongan yang terkenal di Beijing seperti Kota Larangan dan Tembok Besar China, serta makanan yang lazat kepada tetamu asing.

Sekarang, ramai pemandu teksi Beijing bekerja sambil mendengar kaset kursus bahasa Inggeris. Kebanyakan mereka telah menguasai ayat atau perkataan-perkataan seperti "bersih", "saya tahu tempat itu", "tidak boleh pusing" dalam bahasa Inggeris.

Oleh sebab jumlah kereta yang boleh bergerak di Beijing akan berkurangan sempena Sukan Olimpik, maka kelajuan teksi akan meningkat 16% hingga 20%. Jumlah penumpang yang diangkut oleh teksi Beijing akan mencapai 2.48 juta orang, yakni meningkat 600 ribu orang berbanding tempoh biasa. Jadi pemandu teksi di Beijing kini, giat membuat persiapan dapat menyediakan perkhidmatan yang memuaskan bagi Sukan Olimpik nanti.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |