v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Xi Xiaoming: Sistem Perlindungan Undang-undang terhadap Harta Intelek China Semakin Disempurnakan

2008-07-18 15:55:07 Agensi Berita Xinhua China

Seminar pengajian antarabangsa perlindungan harta intelek 2008 yang dianjurkan oleh Tribunal Harta Intelek Mahkamah Rakyat Tertinggi China telah dirasmikan di Shanghai pada 10 hingga 11 Julai tahun ini. Kira-kira 200 orang tokoh undang-undang, wakil perusahaan dari Britain, German, India, Amerika Syarikat, Jepun, Belanda dan Kesatuan Eropah, hakim dan sarjana dari pelbagai peringkat mahkamah China telah menghadiri seminar itu.

Naib Presiden Mahkamah Rakyat Tertinggi China, Xi Xiaoming menyatakan dalam seminar itu bahawa sistem perlindungan terhadap harta intelek China menjadi lebih sempurna ketelusan pentadbiran undang-undang dalam bidang ini semakin meningkat, dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Perlindungan undang-undang harta intelek China akan bertambah baik untuk masa sekarang dan masa yang akan datang.

Beliau menyatakan bahawa terdapat 21 pasal berkait dengan penjelasan terhadap harta intelek yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Rakyat Tertinggi China sejak tahun 2001 untuk menguruskan beberapa banyak kes yang baru dan kes yang sukar ditangani dengan berkesan. "Laman sesawang Surat Keputusan Harta Intelek China" dibuka secara rasmi pada bulan Mac tahun 2006, dan kedudukan perlindungan harta intelek China disiarkan untuk makluman pelayar di dalam dan luar negara. Setakat akhir tahun 2007, lebih 30 ribu buah surat keputusan mahkamah telah diumumkan melalui laman sesawang itu.

Beliau berkata bahawa Mahkamah Rakyat Tertinggi China akan meneruskan pembaharuan, membuat kajian bagi menubuhkan struktur baru yang bersesuaian dengan kerja perbicaraan terhadap kes menganai harta intelek.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |