v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

3 Lagi Laluan Kereta Api Bawah Tanah Beijing Mula Beroperasi
2008-07-21 14:41:24 Agensi Berita Xinhua China

Setelah melalui pintu masuk yang kelihatan seperti pasu porselin Qinghua, wartawan kami tiba di platform stesen Beitucheng Cabang Laluan Olimpik Kereta Api Bawah Tanah. Yang pertama kelihatan ialah dua baris tiang yang berciri porselin Qinghua. Di stesen permulaan Cabang Laluan Cawangan Olimpik Kereta Api Bawah Tanah yang menghubungkan stadium "Sarang Burung" dan "Kiub Air" ini, orang boleh merasakan ciri-ciri budaya China yang menebal.

Seorang wartawan Turki amat suka kepada reka hias yang berbentuk porselin Qinghua di sini dan ia menangkap gambar begitu banyak. Katanya, "Warna Qinghua ini amat serupa dengan sejenis warna biru di negara saya, segar dan elok."

Seperti yang dijanjikan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, ketiga-tiga laluan kereta api bawah tanah yang mula beroperasi serentak pada 19 Julai lalu, iaitu fasa pertama laluan ke-10, cabang laluan Olimpik dan laluan lapangan terbang masing-masing mempunyai ciri-ciri khasnya sendiri.

Atap Stesen Taman Hutan Olimpik, Cabang Laluan Cawangan Olimpik yang berbentuk jarring dibuat daripada keluli, seperti stadium "Sarang Burung". Atap itu juga bersambung dengan tiang-tiang yang di bawah, menjadikan strukturnya kelihatan seperti hutan jika dilihat dari bawah. Ia juga membawa konseps seni Taman Hutan.

Beberapa stesen laluan ke-10, misalnya stesen Huangzhuang, Beitucheng dan Guomao mempunyai ciri-ciri sendiri. Misalnya, stesen Beitucheng berbentuk tembok puing ibu negara Dinasti Yuan. Stesen Guomao bercorak lukisan tradisional China.

Ketiga-tiga laluan itu menggunakan tren yang moden, pintu keselamatan dan pelbagai kemudahan yang menggunakan teknologi baru. Di luar Cabang Laluan Olimpik juga dipasang papan panduan bagi memudahkan penumpang.

Ketiga-tiga laluan tersebut panjangnya hampir 58 kilometer dan terdapat 30 buah stesen. Hingga kini, Beijing telah mempunyai 8 buah laluan kereta api bawah tanah yang sedang beroperasi, dan panjangnya laluan tersebut 200 kilometer dengan 123 buah stesen.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |