
Di dalam Pusat Aktiviti Kebudayaan Taman Olimpik Negara, iaitu Taman Etnik China Beijing kini, telah dibina sebuah muzium etnik baru, iaitu Muzium Etnik Man, muzium ke-54 di taman itu. Manakala Muzium Etnik Rusia dan Uzbek juga akan siap dibina sebelum bulan Ogos nanti. Dengan itu, 56 buah muzium etnik China akan dapat memperkenalkan sejarah kebudayaan dan pembangunan masyarakat pelbagai etnik minoriti di China kepada tetamu dari pelbagai tempat di dunia.
Taman Etnik China Beijing ialah sebuah muzium yang besar tentang manusia muzium ini memulihkan, menyimpan, mempamerkan dan mengkaji kebudayaan, barangan budaya dan cara hidup orang 56 etnik China. Taman ini juga merupakan pangkalan penting bagi perlindungan, pameran dan interaksi budaya etnik. Taman itu terletak dalam Taman Olimpik Negara, di utara garis tengah Beijing, dan merupakan pusat aktiviti kebudayaan bagi Taman Olimpik Negara.
1 2
|