v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Syarikat Baidu Sasarkan Pasaran Taiwan

2008-07-31 14:42:04 Agensi Berita Xinhua China

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Baidu, Encik Li Yanhong baru-baru ini di Taiwan menyatakan bahawa kerjasama antara kedua-dua pantai selat dalam bidang enjin carian internet mendapat peluang perkembangan yang baru.

Encik Li menyampaikan ucapan mengenai perkembangan internet di Universiti Taiwan pada malam 29 Julai lalu. Sejarah perkembangan Syarikat Baidu, penerokaan pasaran di seberang laut dan arah aliran perkembangan teknologi internet menjadi topik perbincangan yang hangat di kalangan mahasiswa, malah pandangan Encik Li terhadap hidup dan kekayaan juga hangat dibicarakan di kampus itu. Lawatan beliau kali ini boleh dikatakan mendapat sambutan yang baik daripada golongan muda.

Perhatian pihak media Taiwan terhadap lawatan beliau dipusatkan kepada urus niaga Syarikat Baidu yang akan diperluas di Taiwan, dan kerjasama yang akan dijayakan dengan sektor yang berkenaan. Menurut Encik Li, "Saya amat meminati pasaran Taiwan. Kedua-dua pantai Selat Taiwan mempunyai masa depan yang cerah untuk mengembangkan sektor enjin carian internet. Namun, pihak kami belum menyusun rancangan yang terperinci, kerana saya baru pertama kali melawat Taiwan dan perlu menguasai keadaan secara mendalam."

Beliau menyatakan bahawa selain Tanah Besar, Taiwan merupakan sebuah pasaran yang paling besar bagi syarikat yang mengutamakan perkhidmatan carian Mandarin itu. "Saya sepatutnya lebih awal melawat Taiwan untuk memahami pasaran di sini. Kini, lalu lintas antara kedua-dua pihak sangat mudah, dan suasana kerjasama agak harmoni dan mesra. Saya akan merebut peluang ini untuk meningkatkan kerjasama dua hala."

Encik Li juga mengeluarkan pandangan berkaitan dengan peluang kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi. Menurutnya, Taiwan mempunyai asas yang kukuh dalam sektor sains dan teknologi tinggi, khususnya semikonduktor, manakala kelebihan Tanah Besar adalah dalam bidang internet. Jadi, kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang tersebut amat cerah.

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |