v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pihak Media Kunjungi Pangkalan Pembekalan Produk Pertanian Sukan Olimpik Yanqing

2008-08-01 14:33:43 Agensi Berita Xinhua China

Masalah pengeluaran, pembekalan dan keselamatan barang makanan Sukan Olimpik menjadi tumpuan perhatian pihak media sekarang ini.

Baru-baru ini, Pusat Penerangan Antarabangsa Beijing (BIMC) menganjurkan lawatan ke Pangkalan Pembekalan Sayur-sayuran Sukan Olimpik Lufulong di Yanqing, di luar bandar Beijing bagi badan media. Seramai 100 orang wartawan dari dalam dan luar negara diberi peluang ini untuk memahami proses pemilihan kategori sayur-sayuran, penanaman, penjagaan, pemetikan dan pembungkusannya.

Kumpulan wartawan tersebut telah dibawa mengunjungi sebuah rumah kaca yang ditanami selasih, sejenis pengharum makanan yang diperkenalkan dari negara luar. Pengurus rumah kaca itu, Puan Zhao menyatakan bahawa sejak 30 Mei lalu, ada pakar teknikal yang membimbingnya cara menanam selasih tersebut.

Pengurus Pangkalan Pembekalan Sayur-sayuran Lufulong, Zhang Huichen memaklumkan bahawa pangkalan seluas 100 hektar itu mempunyai kira-kira 300 buah rumah kaca yang ditanami 26 jenis sayur untuk Sukan Olimpik. Jumlah sayur yang dihasilkannya mencapai 4,000 tan. Pihaknya telah memilih sayur-sayuran dari luar negara sejak tahun 2004, dan kemudian menjalankan ujian penanaman. Menurut beliau, "Pekerja mematuhi kesemua piawaian penanaman. Semua sayur akan dihantar ke syarikat pengeluar yang ditetapkan, kemudian terus disediakan untuk perkampungan Sukan Olimpik."

Untuk menjamin keselamatan barang makanan sempena Sukan Olimpik, setiap rumah kaca mempunyai seorang pengurus, dan semua sayur ada maklumat yang terperinci dan boleh dikesan pada bila-bila masa mengenai proses penanamannya. Selain itu, sistem pembelian bahan mentah, sistem kuarantin dan pengesanan keselamatan produk pertanian juga cukup sempurna.

Seorang pegawai dari Jabatan Pertanian Beijing, Tao Zhiqiang menyatakan bahawa sebanyak 90 jenis sayur yang beratnya 2,100 tan akan disediakan untuk perkampungan Olimpik, perkampungan media, MPC dan IBC setiap hari. Beliau menegaskan bahawa kesemua pembekal tersebut ialah pangkalan pengeluar produk pertanian yang berskala besar. Kapasiti pengeluarannya mencapai 3,000 tan sehari dan semua hasil pertanian adalah selamat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |