v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Petani dan Penggembala Etnik Tibet akan Memiliki Dapur Tenaga Suria dalam Masa 3 Tahun

2008-08-01 14:38:01 Agensi Berita Xinhua China

Wilayah Autonomi Tibet akan membelanjakan 100 juta yuan RMB untuk membeli 267,700 buah dapur tenaga suria untuk memastikan semua petani dan penggembala di wilayah itu dapat menggunakan dapur yang lebih bersih dalam tempoh 3 tahun yang akan datang.

Program ini merupakan bahagian penting dalam projek penggunaan tenaga pengganti di Tibet.

Sebelum ini, sebanyak 139 ribu buah dapur tenaga suria yang disumbangkan oleh kerajaan pusat China sudah diberikan kepada petani dan penggembala etnik Tibet.

Ciren Ouzhu, seorang petani dari kawasan Shigatse, Tibet menyatakan bahawa dia tidak menggunakan kayu sebagai bahan bakar lagi, malah dia hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk menyediakan sebotol air panas dengan menggunakan dapur tenaga suria.

Menurut sumber yang berkenaan, Tibet merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan sumber tenaga suria di China. Secara purata, wilayah ini menerima sebanyak 3,400 jam cahaya matahari setahun. Dengan latarbelakang situasi sumber tenaga yang kian berkurangan sekarang ini, bagaimana memanfaatkan dengan berkesan sumber tenaga suria yang kaya di Tibet menjadi satu tugas yang mendesak.

Pihak berkuasa Tibet baru-baru ini telah mengisytiharkan Program Pembangunan Tenaga Pengganti Kayu untuk memastikan setiap keluarga penggembala dapat menggunakan dapur tenaga suria, dan membina rumah tenaga suria yang luasnya 3.3 juta meter persegi di kesemua 66 kaunti di seluruh wilayah itu.

Memperkenalkan dapur tenaga suria di kalangan petani dan penggembala bukan sahaja boleh meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, tetapi juga boleh memperbaiki tahap kehidupan mereka.

Berdasarkan ramalan, setiap tahun, sebuah keluarga boleh menjimatkan 2.5 tan kayu dan rumput dengan menggunakan dapur tenaga suria, dan hampir 1,000 meter persegi padang rumput terpelihara.

Selain itu, program pembinaan rumah tenaga suria yang menelan kos sebanyak 841 juta yuan RMB akan mengekalkan ciri seni bina etnik Tibet, di samping mengutamakan kecekapan penggunaan tenaga suria.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |