Majlis Penubuhan Jabatan Kakitangan Awam Negara telah diadakan baru-baru ini. Ini menandakan bahawa jabatan tersebut sudah menyelesaikan urusan penubuhannya dan mula beroperasi secara rasmi.

Naib Menteri Tenaga Manusia dan Jaminan Sosial merangkap Naib Pengarah Jabatan Kakitangan Awam Negara, Yang Shiqiu memaklumkan bahawa sebagai badan di bawah kementerian, jabatan ini ditadbir oleh Kementerian Tenaga Kerja dan Jaminan Sosial. Ada lima bahagian dalam jabatan ini, iaitu Bahagian Bersepadu, Bahagian Urusan Jawatan, Bahagian Pemilihan, Bahagian Penialian, serta Bahagian Latihan dan Penyeliaan. Kakitangan di jabatan ini dibawa dari Jabatan Pentadbiran Kakitangan Awam, Kementerian Personel serta Kementerian Tenaga Kerja dan Jaminan Sosial. Kakitangan dalam jabatan ini ditambah menjadi 60 daripada 31 orang. Sekarang, kesemuanya sudah mula bertugas.

Jabatan baru ini mempertingkat fungsinya untuk meningkatkan pendidikan, pentadbiran dan penyeliaan terhadap kakitangan awam serta mendorong pembinaan kumpulan kerja kakitangan awam.
Menteri Tenaga Manusia dan Jaminan Sosial merangkap Pengarah Jabatan Kakitangan Awam Negara, Yin Weimin menyatakan bahawa penubuhan jabatan ini membantu meningkatkan fungsi pentadbiran terhadap kakitangan awam. Konsep pembangunan yang saintifik dapat diperlihatkan dengan konkrit dan dilaksanakan dalam operasi jabatan ini. Penubuhan jabatan ini akan membantu menghasilkan kakitangan awamyang lebih bertanggungjawab, bersih dan cekap, demi meningkatkan kemampuan mentadbir dan kepercayaan kerajaan.
|