v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan tentang Tukang Masak yang Bertugas di Perkampungan Sukan Olimpik Beijing

2008-08-12 11:30:49 CRI

Seperti sedia maklum, China terkenal dengan masakan yang sedap dan bermacam ragam. Terdapat satu peribahasa yang berbunyi di China, iaitu "Min Yi Shi Wei Tian" yang bermaksud umat manusia paling mengutamakan masakan dalam kehidupan harian. Kali ini, Sukan Olimpik dilaksanakan di China, negara yang penduduknya begitu pandai memasak, tetapi masakan apa yang disediakan kepada atlet asing? Bagaimana tukang masak menjalankan tugas mereka di perkampungan Sukan Olimpik Beijing supaya dapat menghidangkan masakan yang sedap sesuai dengan selera atlet dan jurulatih dari negara dan kawasan lain.

Dalam ruangan ini, saya akan memperkatalkan mengenai beberapa tukang masak yang bertugas di perkampungan Sukan Olimpik Beijng dan sekali gus kerja-kerja rutin mereka mengenai penyediaan masakan untuk tetamu asing.

Pada pukul 3.00 lebih setiap awal pagih, Cheng Bao perlu bangun, kemudian cepat-cepat membersihkan diri untuk masuk kerja. Dalam tempoh tiga minggu yang lalu, Cheng Bao kena bangun pagi-pagi dan sekarang sudah biasa dengan jadual kerja ini.

 

Beberapa bulan yang lalu, Cheng Bao dalam lingkungan 20 tahun, dipilih sebagai anggota "Tim Tukang Masak untuk Sukan Olimpik Beijing". Beliau datang ke Bandar Beijing dari Bandar Yangzhou di bahagian timur China untuk bertugas di perkampungan Sukan Olimpik. Cheng Bao berasa amat bertuah kerana mendapat tugas ini.

Beliau berkata: "Saya memang mahu menyumbang untuk Sukan Olimpik yang begitu terkenal. Dengan pemilihan Beijing, peluang ini amat berharga bagi Chinakerana telah berusaha gigih bagi merebut kemenangan untuk menjadi tuan rumah temasya sukan terbesar di dunia ini. Setiap kita mahu terlibat dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan sukan ini. Saya memang bertuah kerana dapat bertugas di perkampungan Sukan Olimpik."

 

Pada awal tahun ini, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) memilih tukang masak di seluruh negara untuk Sukan Olimpik. Pemilihan itu dimulakan dari Universiti Yangzhou di bahagian timur China. Seorang pensyarah universiti itu, Ji Bufeng memaklumkan kepada wartawan CRI bahawa mereka yang layak menjalankan tugas di perkampungan Sukan Olimpik hendaklah mempunyai pengalaman memasak sekurang-kurangnya 3 tahun, berkeupayaan berkomunikasi dengan warga asing dalam bahasa Inggeris dan sebagainya.

Ji Bufeng berkata: "Setelah mengemukakan surat pemohonan, para peserta dimestikan mengambil bahagian dalam ujian memasak anjuran pihak universiti, mereka yang lulus ujian itu akan menghadapi pegawai BOCOG dalam temuduga. Keputusan mutlak dibuat selepas lulus pemeriksaan kemahiran memasak."

Cheng Bao tidak menjangka cabutan ujian masakannnya ialah, menggoreng hirisan kentang, masakan yang dipercayai hampir paling umum di China.

Cheng Bao berkata: "Setiap kita boleh menggoreng hirisan kentang, tetapi masakan yang dihasilkan itu pasti berbeza-beza. Ada yang sedap dan ada yang biasa. Rasa sedapnya bergantung kepada kemahiran tangan si pemasak dan masanya goreng yang dikuasainya."

 

Akhirnya, Cheng Bao berjaya menghasilkan masakan hirisan kentang goreng yang sedap, sekali gus dengan lulus ujian-ujian sebelum itu, beliau terpilih sebagai tukang masak bagi bertugas di perkampungan Sukan Olimpik Beijing.

Terpilih sama ialah lebih 200 rakan pelajar Cheng Bao di Universiti Yangzhou. Setelah mengikuti latihan tertutup selama lebih sebulan, mereka berlepas ke Beijing dengan menaiki kereta api.

Setelah tiba di perkampungan Sukan Olimpik Beijing, tukang masak muda tersebut berasa sedikit kecewa kerana tidak diberi segera peluang untuk menyediakan lauk-pauk, sebaliknya hanya diberi tugas untuk melakukan kerja kecilan. Cheng Bao diberi tugas menyiapkan bahan mentah bagi Kumpulan Masakan China dan perlu masuk kerja pada pukul 5.00 pagi bagi giliran kerja pagi. Jika giliran kerja malam, Cheng Bao perlu masuk kerja pada pukul 10.00 malam hingga pagi esok harinya.

Li Pei, Seorang teman sekolah wanita yang datang ke Beijing bersama Cheng Bao, diberi tugas untuk memasak nasi.

Beliau berkata: ""Kami terlebih dahulu pergi ke gudang untuk mengambil kereta tarik yang memuat guni beras, seterusnya mengagihkan beras ke beberapa kawah, untuk mencucinya dan menambah air yang sesuai. Akhirnya memasukkannya ke dalam peralatan kukus. Semasa menunggu, kami terus menyiapkan beras lain yang akan dimasak."

Pensyarah Universiti Yangzhou, Ji Bufeng berkata: "Kerja-kerja memasak untuk Sukan Olimpik Beijing perlu dilaksana mengikut piawaian yang ditetapkan. Yang diutamakan ialah keselamatan dan kebersihan masakan. Kakitangan untuk memasak perlu memakai pakaian seragam yang kemas dengan topi dan kasut yang disediakan semasa melakukan tugas mereka di dapur. Mereka dituntut mencuci tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke dapur dengan menggunakan ubat pembasmi kuman. Ada orang yang buat lawak bahawa proses seumpama itu hampir sama seperti persediaan seorang doktor bedah sebelum melakukan pembedahan."

----DAZHONG

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |