v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Mampuan Orang Kurang Upaya di Beijing untuk Menyertai Aktiviti Masyarakat Kian Meningkat
2008-08-26 12:39:57 Agensi Berita Xinhua China

Puan Luo merupakan orang Beijing yang kurang upaya kerana kakinya cacat. Pada 22 Ogos yang lalu, beliau pergi ke pusat khidmat mesra di daerah Xicheng Beijing untuk menyerahkan 130 buah kraf tangan yang diperbuat olehnya kepada kakitangan di pusat tersebut. Kraf tangan tersebut telah ditempah oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan dijadikan sebagai cendermata untuk atlet Sukan Paralimpik. Puan Luo juga dibayar 611 yuan RMB untuk hasil usahanya itut.

Pengarah Jabatan Bersama Orang Kurang Upaya Beijing, Li Caimao menyatakan bahawa terdapat 150 buah pusat khidmat mesra di Beijing yang khusus menyediakan perkhidmatan kepada orang kurang upaya. Kesedaran masyarakat untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang kurang upaya kian meningkat manakala kemampuan orang kurang upaya untuk menyertai aktiviti-aktiviti masyarakat juga meningkat.

Terdapat 63 orang sukarelawan kurang upaya di Beijing yang berkhidmat di stadium-stadium Sukan Olimpik, manakala orang kurang upaya yang mendaftar untuk berkhidmat dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik berjumlah 12 ribu orang semuanya. Selain itu, 680 orang pelakon kurang upaya pula menghidangkan persembahan untuk upacara perasmian dan penutupan kedua-dua temasya sukan ini, iaitu Sukan Olimpik dan Paralimpik

Jumlah orang kurang upaya di Beijing mencatat angka 999 ribu orang, dan angka mewakili 6.49% daripada jumlah penduduk di bandar raya ini. Encik Li Caimao menyatakan bahawa Beijing telah menubuhkan 65 buah pusat membantu kemiskinan bagi golongan orang kurang upaya, manakala seramai 70 ribu orang kurang upaya pula mendapat pekerjaan. Selain itu, seramai 14 ribu orang kurang upaya di desa mendapat bantuan daripada kerajaan, dan 1,500 buah keluarga orang kurang upaya telah membaik pulih rumah mereka dengan bantuan kerajaan.

Luo Yuan yang berumur 53 tahun pernah menjadi johan dalam pertandingan tarian Beijing. Beliau lumpuh tubuhnya akibat diserang trombosis otak 5 tahun yang lalu. Kini beliau menerima rawatan terapi di pusat khidmat mesra sambil menjadi guru tari di pusat tersebut.

Li Caimao menyatakan bahawa lebih 50 ribu orang kurang upaya di Beijing menikmati perkhidmatan terapi setiap tahun. Selain itu, Beijing telah menubuhkan 183 buah pusat khidmat khusus untuk menyediakan perkhidmatan terapi, pendidikan dan latihan vokasional bagi orang kurang upaya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |